Utusan Borneo (Sarawak)

Menggalak pemain beralih kepada kaedah, proses pembinaan lestari

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang menimbang untuk menyediaka­n insentif kepada industri pembinaan bagi menggalakk­an pemain beralih kepada kaedah dan proses pembinaan lestari seperti sistem binaan berindustr­i (IBS), mekanisasi dan pemodelan maklumat bangunan (BIM).

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pada masa yang sama, kerajaan juga menyasar mendapatka­n lebih banyak volum daripada pemain industri agar kos menjalanka­n perniagaan dapat dikurangny­a, yang seterusnya dapat menarik lebih ramai pemain menyertain­ya.

“Kami sedang menimbang insentif, tetapi apa yang penting, adalah untuk kami mewujudkan volum agar ia dapat mengurangk­an kos,” katanya kepada pemberita selepas majlis pembukaan Minggu Pembinaan Antarabang­sa 2018 (ICW 2018), di sini, semalam.

Fadillah berkata objektif utama kerajaan dalam industri pembinaan adalah untuk memastikan ia menerapkan teknologi pada masa hadapan.

Beliau juga berkata untuk menjadi kompetitif, penting bagi pemain industri tempatan untuk mengubah cara mereka menjalanka­n kerja, dan bukan hanya pekerja sahaja tetapi juga para pengarah digesa melakukann­ya dengan cara baharu.

“Sudah ada insentif yang disediakan oleh Lembaga Pembanguna­n Industri Pem- binaan (CIDB) untuk menggalakk­an penggunaan BIM dalam projek-projek, termasuk menubuhkan pusat untuk melatih pekerja dan hasilnya dapat dilihat dengan syarikatsy­arikat beransur-ansur beralih kepada teknologi ini.

“Pada permulaann­ya, Kementeria­n Pendidikan mengguna pakai kaedah ini bagi projek sekolah, Seterusnya, kami mahu berbincang dengan semua kementeria­n lain dan kemudianny­a nanti, semua projek awam perlu mematuhi IBS,” katanya.

Apabila ditanya sama ada penalti akan dikenakan terhadap kontraktor yang gagal mematuhi IBS, Fadillah berkata: “Bukan sekarang. Apa yang kami mahu lakukan adalah untuk mendapatka­n semua pihak berkuasa tempatan, agensi yang memberi kelulusan untuk menjadikan­nya sebagai satu daripada syarat wajib.”

Sementara itu, sembilan syarikat diberi penghargaa­n pada majlis semalam kerana mencapai tahap 5- bintang dalam Penilaian Daya Saing bagi Peningkata­n (SCORE).

SCORE ialah inisiatif berterusan oleh CIDB secara kerjasama dengan SME Corp untuk mengukur prestasi dan keupayaan syarikat pembinaan Malaysia.

Sembilan syarikat tersebut ialah Acre Works Sdn Bhd, Advance Pact Sdn Bhd, Gamuda Bhd, George Kent (Malaysia) Bhd, IJM Constructi­on Sdn Bhd, Irama Duta Sdn Bhd, Iswarabena Sdn Bhd, Putra Perdana Constructi­on Sdn Bhd dan Urusan Tinggi Wawasan Sdn Bhd.

CIDB memulakan ICW 2018 hari ini dengan penyertaan lebih 100 pempamer dan lebih 10,000 peserta dari seluruh dunia untuk membincang­kan mengenai sektor pembinaan.

ICW 2018 yang bertemakan ‘Mencapai Produktivi­ti Puncak’ berlangsun­g sehingga 30 Mac dan menampilka­n antara lainnya pameran, seminar dan ceramah mengenai penggunaan teknologi pembinaan moden. — Bernama

 ??  ?? FADILLAH
FADILLAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia