Utusan Borneo (Sarawak)

CIMB Bank dapat anugerah Bank Peruncitan Terbaik tahun ini

-

KUALA LUMPUR: CIMB Bank Bhd (CIMB) telah dinamakan sebagai ‘Bank Peruncitan Terbaik di Malaysia’ bagi dua tahun berturut-turut pada Anugerah Kecemerlan­gan Perbankan Asia dalam Perkhidmat­an Kewangan Runcit 2018.

CIMB, yang merupakan cabang perbankan pengguna Kumpulan CIMB, turut menerima pengiktira­fan untuk ‘Inisiatif, Aplikasi atau Program Produktivi­ti, Kecekapan dan Automasi Terbaik 2018’.

Anugerah Perbankan Asia menjadi pengiktira­fan kepada industri yang paling berprestij disebabkan kriteriany­a yang ketat dalam kewangan runcit di Asia Pasifik, Asia Tengah, Timur Tengah dan Afrika.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Pengguna Kumpulan CIMB Samir Gupta berkata, bank berkenaan sentiasa berinovati­f untuk menyediaka­n produk serta perkhidmat­an yang terbaik kepada pelanggan.

“Kami amat berbesar hati menerima pengiktira­fan ini, yang mencermink­an fokus kami pada pendigital­an dalam strategi T18 kami.

“Tawaran digital semasa kami, seperti aplikasi perbankan digital pembantu maya yang dipertingk­atkan (EVA), hanyalah sebagai permulaan ketika kami sedang membina keupayaan untuk menjadi sebuah bank pencabar digital dengan memanfaatk­an kecerdasan buatan, data yang besar, data sains dan analisis untuk sentiasa memberi pengalaman yang menyeronok­kan kepada 13 juta pelanggan kami di seluruh ASEAN,” katanya.

CIMB merupakan bank pertama di Malaysia yang telah menerima kelulusan kawal selia sandbox daripada Bank Negara Malaysia untuk kaedah elektronik dan tanpa kertas ‘Know-Your-Customer’ (eKYC) bagi pengesahan identiti pelanggan.

Iabakalmen­jadialtern­atifyang berdaya maju kepada keperluan pengesahan bersemuka sedia ada dalam dunia yang ditakrifka­n dengan data, mudah alih serta pantas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia