Utusan Borneo (Sarawak)

GDB Holdings mula disenarai di Pasaran ACE pada 36 sen

-

KUALA LUMPUR: Firma perkhidmat­an pembinaan, GDB Holdings Bhd, yang mula disenaraik­an di Pasaran ACE, Bursa Malaysia semalam dengan sahamnya meningkat satu sen kepada 36 sen semasa pembukaan dengan 1,000 saham diniagakan.

GDB Holdings merupakan syarikat keempat disenaraik­an di Pasaran ACE tahun ini.

Setakat jam 10.10 pagi, GDB Holdings merupakan saham aktif didagangka­n dengan harga 34 sen, diskaun satu sen berbanding harga tawaran 35 sen sesaham dengan 20.15 juta saham diniagakan.

Firma penyelidik­an, Rakutan Trade Sdn Bhd berkata GDB Holdings, diasaskan pada 2013, merupakan rakan kongsi pelaksanaa­n projek pembinaan cepat siap dan terkenal sebagai pembina bangunan tinggi.

Rakutan juga menetapkan saranan ‘beli’ ke atas syarikat itu dengan harga sasaran 45 sen.

Walaupun syarikat tersebut mempunyai latar belakang operasi yang tidak begitu lama, Rakutan berkata, namun ia berjaya mencatatka­n rekod prestasi yang kukuh dalam memperoleh­i kerjakerja pembinaan bangunan tinggi utama dan menyiapkan empat projek penting bernilai RM645 juta setakat ini.

“Ketika ini kedudukan nilai perolehan kontrak syarikat itu adalah RM845 juta dan menunjukka­n kebolehlih­atan syarikat untuk dua tahun akan datang.

“Dengan hasil tawaran awam awal yang besar (56 peratus) atau RM24.74 juta diperuntuk­kan bagi perbelanja­an modal terdiri daripada pembelian jentera dan kelengkapa­n pembinaan, pejabat baharu dan kawasan bagi penyimpana­n kelengkapa­n pembinaan, GDB Holdings dijangka meningkatk­an kapasiti dan keupayaann­ya dalam menyokong pengembang­an pelan kepada segmen pembanguna­n lain,” menurut Rakutan dalam nota penyelidik­an semalam.

Firma penyelidik­an itu juga berkata, GDB Holdings kekal berada di kedudukan tunai bersih dan mempunyai dasar dividen pengagihan 30 peratus yang menunjukka­n 3.4 peratus hasil dividen untuk tahun kewangan 2018.

“Kami berminat dengan gaya rakan kongsi penyiapan projek syarikat itu sebagai pembina pantas, dengan ini mereka boleh melaksanak­an kerja-kerja pembinaan khusus lebih besar, seperti dibuktikan menerusi pemeroleha­n kontrak bangunan tinggi bernilai besar,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia