Utusan Borneo (Sarawak)

Iana Corporatio­n sahut seruan kerajaan bantu pasarkan produk-produk IKS tempatan terutama di Miri

-

MIRI: Pelancaran Borneo Outlet Store (BOS) di sini, menyaksika­n satu lagi mercu tanda baharu dalam usaha mempromosi­kan produkprod­uk asal negeri ini dan yang dibangunka­n oleh penduduk negeri Sarawak.

Dibuka di Lot 1313 dan 1314 di Pusat Komersil Miri Waterfront di sini, semalam, BOS merupakan inisiatif oleh syarikat Iana Corporatio­n Sdn Bhd dalam menyahut seruan kerajaan untuk membantu memasarkan produk-produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan terutama dari Miri.

Ketua Bahagian Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Pembanguna­n Usahawan di Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan Sarawak, Samat Junai ketika merasmikan prapelanca­ran premis BOS di sini semalam berkata, BOS adalah salah satu contoh premis yang amat dialu-alukan oleh kerajaan negeri dalam usaha mengetenga­hkan produk asal negeri ini.

“Penubuhan premis seperti BOS ini merupakan salah satu tujuan kita iaitu untuk mengetenga­hkan semua produk usahawan negeri Sarawak, sama ada ia produk basah mahupun kering.

“Produk Sarawak adalah sesuatu yang asli dan unik serta mendapat tempat dan pasaran bukan sahaja di negeri ini malah di Semenanjun­g Malaysia, yang menyaksika­n ramai penduduk asal negeri ini yang tinggal dan bekerja di sana mendamba produk-produk dari Sarawak,” katanya.

Samat memberitah­u, melalui BOS sebagai ejen kementeria­n itu di sini, ia bertindak sebagai pusat sehenti untuk mengumpulk­an produk-produk keluaran usahawan dan seterusnya akan diambil oleh pihak jabatan itu untuk dipasarkan bukan sahaja di negeri ini, di Sarawak Product Pavilion (SPP) malah ke pasaran di Semenanjun­g Malaysia.

“Melalui premis BOS dan langkah mewujudkan SPP, kita mahu fokus kepada produk Sarawak sahaja dan mengumpulk­an sebanyak mungkin untuk diketengah­kan, agar orang di luar sana tahu kewujudan produk kita yang unik,” jelas Samat.

Sementara itu, Pengarah Urusan Iana Corporatio­n Sdn Bhd Mohammad Hafidz Rohani berkata sehingga kini, BOS sudah mempunyai 25 vendor tempatan yang bukan sahaja dari Miri tetapi juga Kuching.

Katanya BOS sudah bermula sejak setahun lalu, mengumpul vendor-vendor produk usahawan tempatan negeri ini dan premisnya telah beroperasi sejak Februari lalu.

“Pada masa ini kami masih lagi mencari vendor atau usahawan IKS yang berminat mahu memasarkan produk mereka menerusi khidmat BOS. Jika ada yang berminat mereka boleh menghubung­i saya terus di BOS untuk maklumat lanjut,” tambahnya.

Pelbagai produk yang dihasilkan oleh usahawan negeri ini, dijual di premis BOS, daripada sos (cili, joho dan sebagainya), serunding serai, daging dan serunding ayam, sambal, pes rojak, laksa Sarawak, garam Bario hingga kepada makanan sejuk beku seperti kelupis pulut, pekasam ikan, terubok masin, mi kolok Sarawak dan banyak lagi.

Turut dijual di premis tersebut ialah kek lapis Sarawak yang popular dengan pelbagai cita rasa di samping kraf tangan termasuk yang dihasilkan oleh kaum Penan.

 ??  ?? TAKLIMAT: Hafidz memberikan penerangan kepada Samat (kiri) mengenai produk yang dijual di BOS semasa mengadakan lawatan ke premis yang dilancarka­n semalam di Pusat Komersil Miri Waterfront.
TAKLIMAT: Hafidz memberikan penerangan kepada Samat (kiri) mengenai produk yang dijual di BOS semasa mengadakan lawatan ke premis yang dilancarka­n semalam di Pusat Komersil Miri Waterfront.
 ??  ?? RASMI: Samat (kiri) menurunkan tandatanga­nnya pada plak sempena majlis perasmian premis Borneo Outlet Store (BOS) di Pusat Komersil Miri Waterfront semalam, sambil disaksikan Hafidz (tengah).
RASMI: Samat (kiri) menurunkan tandatanga­nnya pada plak sempena majlis perasmian premis Borneo Outlet Store (BOS) di Pusat Komersil Miri Waterfront semalam, sambil disaksikan Hafidz (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia