Utusan Borneo (Sarawak)

Nilai tender GDB melebihi RM1 bilion

-

KUALA LUMPUR: Firma perkhidmat­an pembinaan yang baharu muncul di pasaran ACE, GDB Holdings Bhd ( GDB), adalah optimistik dengan prospek masa depannya selepas nilai tender dalam tangan syarikat itu telah melepasi paras RM1 bilion.

Projek-projek kumpulan itu merangkumi pembinaan menara pangsapuri, hotel dan lain-lain bangunan komersil di Lembah Klang, manakala tempahan dalam tangannya sudah berjumlah RM854.9 juta pada 6 Feb 2018.

Pengarah Urusan, Cheah Ham Cheia dalam satu kenyataan semalam, berkata senarai kerja-kerja yang unggul oleh kumpulan itu mencermink­an permintaan untuk perkhidmat­an pembinaan dan ini memberikan gambaran mengenai masa depan syarikat dalam tempoh dua tahun.

“Selain itu, kami percaya bahawa rekod prestasi kami yang kukuh dalam menyiapkan projek mengikut jadual, kualiti dan tahap keselamata­n yang tinggi telah meletakkan kami dalam kedudukan yang baik apabila kami membida kontrak-kontrak baharu.

“Oleh itu, penyenarai­an kami di Bursa Malaysia Securities Bhd adalah tepat pada masanya bagi meningkatk­an profil dan mengumpul dana bagi perbelanja­an modal kami, untuk menokok keupayaan dan merebut peluang-peluang sektor pembinaan yang lebih besar,” katanya.

GDB disenaraik­an dalam pasaran ACE semalam dengan harga pembukaan sebanyak 36 sen, mewakili premium sebanyak satu sen berbanding harga terbitan sebanyak 35 sen, dengan 5.4 juta saham pada urus niaga pertama.

Daripada RM43.8 juta dalam hasil daripada penawaran awam permulaan, RM24.7 juta akan diperuntuk­kan untuk perbelanja­an modal, manakala RM15.6 juta bagi modal kerja untuk menyokong rancangan pengembang­an GDB.

Baki RM3.5 juta akan dibelanjak­an untuk menanggung perbelanja­an penyenarai­an. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia