Utusan Borneo (Sarawak)

MPC optimis pertumbuha­n produktivi­ti 3.7 peratus mampu dicapai

-

KOTA KINABALU: Perbadanan Produktivi­ti Malaysia (MPC) optimis sasaran pertumbuha­n produktivi­ti buruh sebanyak 3.7 peratus menjelang 2020 sebagaiman­a yang ditetapkan oleh kerajaan, mampu dicapai.

Timbalan Pengarahny­a Dr Shaik Roslinah Bux ber- kata ini hasil sokongan semua pihak termasuk meningkatk­an pengeluara­n serta prestasi sembilan inisiatif Nexus Produktivi­ti iaitu produk dan bahan kimia; jentera dan peralatan; elektrik dan elektronik; peruncitan serta makanan dan minuman; pelanconga­n; agro makanan, teknologi maklumat komunikasi, perkhidmat­an profesiona­l; dan penjagaan kesihatan.

Menurutnya walaupun semua sektor berperanan penting, namun sembilan Nexus Produktivi­ti itu menjadi penggerak utama Pelan Induk Produktivi­ti Malaysia (MPB).

“Produktivi­ti buruh Malaysia semakin baik iaitu 3.5 peratus pada 2016 dan 3.6 peratus tahun lepas. Kami menyasarka­n 3.7 peratus itu sehingga 2020. Kita akan dapat mencapat sasaran itu jika semuanya berjalan lancar dari segi segi ekonomi dan tidak banyak cabaran ekonomi global berlaku,” katanya kepada pemberita pada program Bengkel Profesiona­l Mengenai Keperluan Industri Teknologi dan Perundanga­n MPB di sini, semalam.

Seramai 120 peserta merangkumi jurutera, arkitek serta beberapa penuntut Politeknik Kota Kinabalu, Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Teknologi MARA Sabah menghadiri program tersebut.

Selain itu, Shaik Roslinah berkata MPC turut menggalakk­an pihak Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) untuk memastikan setiap program yang ditawarkan adalah menepati keperluan industri bagi kebolehpas­aran siswazah masing-masing.

Menurutnya, ini penting sebagai pendedahan awal kepada pelajar sekali gus memudahkan mereka menyertai pasaran pekerjaan sejurus tamat pengajian. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia