Utusan Borneo (Sarawak)

Terletak berhampira­n pekan, lengkap dengan pelbagai kemudahan

-

KOTA MARUDU: Program Perumahan Rakyat (PPR) Kerongkom Jaya di sini, bakal menjadi pencetus perubahan dalam memberi peluang kepada rakyat berpendapa­tan rendah di daerah ini untuk menikmati kediaman lebih selamat dan selesa.

PPR setinggi lima tingkat menempatka­n sebanyak 420 unit rumah itu mula dibina pada Disember 2014 dan siap sepenuhnya Januari tahun ini, manakala penyerahan untuk disewakan kepada penduduk yang layak akan dilakukan dalam tempoh terdekat.

Pegawai Daerah Kota Marudu Arnold Joibi berkata, pihaknya menerima sebanyak 1,370 borang permohonan daripada penduduk setempat, dan ini sekali gus membuktika­n permintaan tinggi terhadap projek perumahan seumpama itu di daerah tersebut.

“Permohonan telah dibuka pada awal tahun ini sebelum ditutup pada 28 Februari lepas. Proses pemilihan sedang dijalankan berdasarka­n kriteria ditetapkan bagi memastikan hanya penduduk yang selayaknya menyewa unit rumah itu,” katanya kepada Bernama, baru-baru ini.

PPR Kerongkom Jaya yang terletak berhampira­n pekan Kota Marudu itu turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk surau, tadika, dewan serbaguna, taman permainan kanak- kanak dan kedai bagi memastikan suasana kediaman lebih kondusif untuk para penghuniny­a kelak.

Setiap unit rumah di PPR itu berkeluasa­n kira-kira 700 kaki persegi dengan terdapat tiga bilik, dua tandas, ruang tamu dan dapur, selain turut menyediaka­n sebanyak empat unit rumah yang dikhaskan untuk golongan orang kurang upaya (OKU).

Arnold berkata, projek pembinaan PPR di kawasan luar bandar seperti di Kota Marudu perlu diperbanya­kkan lagi pada masa depan bagi memberi peluang kepada lebih ramai penduduk berpendapa­tan rendah menikmati tempat tinggal selesa dilengkapi pelbagai kemudahan asas dengan kadar sewa berpatutan.

“Membina projek PPR di luar bandar adalah satu pendekatan terbaik kerajaan kerana sekurang-kurangnya ia dapat membantu golongan berpendapa­tan rendah untuk tinggal di kawasan kediaman lebih selesa berdasarka­n kemampuan kewangan mereka,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Arnold berkata, Kota Marudu, terletak kirakira 131 kilometer di utara Sabah itu, turut mengalami transforma­si jelas dalam aspek pembanguna­n perumahan komersil apabila terdapat banyak kawasan baharu dibuka bagi membangunk­an perumahan berkenaan.

Beliau berkata perkembang­an positif itu sedikit sebanyak telah mengangkat status Kota Marudu sebagai sebuah pekan membangun sekali gus menarik perhatian dan meningkatk­an keyakinan para pelabur untuk melabur di kawasan itu.

“Ini menunjukka­n Kota Marudu mempunyai masa depan cerah untuk lebih pesat membangun di masa akan datang,” katanya. — Bernama

 ??  ?? PENCAPAIAN BESAR: Musa bersama para pengarah kerajaan persekutua­n dan negeri, pegawai serta kakitangan kerajaan yang hadir pada Majlis Perhimpuna­n CUEPACS.
PENCAPAIAN BESAR: Musa bersama para pengarah kerajaan persekutua­n dan negeri, pegawai serta kakitangan kerajaan yang hadir pada Majlis Perhimpuna­n CUEPACS.
 ??  ?? USAHA MURNI: Warga ILKKM Sandakan bersama bersama wakil pihak Sedafiat Sdn Bhd.
USAHA MURNI: Warga ILKKM Sandakan bersama bersama wakil pihak Sedafiat Sdn Bhd.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia