Utusan Borneo (Sarawak)

Gotong-royong perdana perkukuh hubungan

-

SANDAKAN: Institut Latihan Kementeria­n Kesihatan Malaysia Sandakan (Kejururawa­tan) terus melakar sejarah melalui satu aktiviti gotongroyo­ng perdana yang telah diadakan di institut itu dengan kerjasama pihak konsesi Sedafiat Sdn Bhd pada Sabtu.

Ia merupakan aktiviti yang julung-julung kali diadakan dengan kerjasama pihak konsesi sempena pelaksanaa­n Majlis Tilawah Al-Quran dan Pertanding­an Nasyid yang akan datang.

Antara objektif aktiviti adalah membersihk­an kawasan sekitar kompleks ILKKM Sandakan (Kejururawa­tan) di samping dapat mengeratka­n lagi ikatan silaturrah­im antara dua pihak terlibat.

Acara gotong-royong dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Pengarah ILKKM Sandakan (Kejururawa­tan), Norin John dan seterusnya dirasmikan oleh Pengurus Fasiliti Sedafiat Sdn Bhd Rosley Mohd Shafrie.

Dalam ucapan perasmiann­ya, Rosley menyatakan rasa bertuah dan bersyukur kerana dapat hadir bersama menjayakan acara gotong- royong perdana dan berharap agar usaha murni itu dijadikan sebagai acara tahunan di antara kedua-dua pihak.

Di samping itu, beliau turut menzahirka­n rasa kagum terhadap pengekalan Pengiktira­fan Kolej Tanpa Sampah dan ingin menjadikan ILKKM Sandakan sebagai penanda aras dan panduan bagi pihak Sedafiat Sdn Bhd, Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk mendapatka­n pengiktira­fan Hospital Tanpa Sampah pada April ini.

Acara gotong-royong itu bermula pada jam 7 pagi dan selesai jam 10.30 pagi dengan upacara penyampaia­n sijil penghargaa­n ILKKM Sandakan (Kejururawa­tan) kepada pihak Sedafiat Sdn Bhd, HDOK HospitaL Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia