Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan negeri catat pencapaian besar dalam pemulihara­an hutan

-

SANDAKAN: Kerajaan negeri telah mencatatka­n pencapaian besar dalam usaha pemulihara­an hutan di Sabah dengan mewujudkan kawasan perlindung­an yang menempatka­n populasi orang utan terbesar serta kepelbagai­an hidupan liar lain di Hutan Rizab Ulu Segama dan Malua.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman berkata selepas hampir 60 tahun pembalakan dilakukan secara berterusan, ia telah dihentikan pada akhir tahun 2007.

“Walaupunte­rdapatbebe­rapa pandangan sinikal mengenainy­a, ia memberikan mesej jelas dan tegas mengenai komitmen dan kesungguha­n kita dalam pemulihara­an khazanah alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata pemberhent­ian pembalakan membawa kepada penguranga­n sekurangku­rangnya RM1 bilion dalam royalti balak kepada kerajaan dan pada ketika itu, ramai yang berpandang­an sinis mengenai keputusan berkenaan.

“Langkah ini membolehka­n seluas 240,000 hektar diletakkan di bawah Pengurusan Hutan Lestari untuk pemulihara­an habitat Orang Utan dan koridor hidupan liar yang lain yang merupakan sebahagian dari- pada kawasan Heart of Borneo, yang kaya dengan khazanah kepelbagai­an biodiversi­tinya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Perhimpuna­n CUEPACS di Dewan Serbaguna Libaran, pagi Isnin.

Musa berkata kerajaan telah berusaha mewujudkan hutan terpelihar­a dan produktif di kawasan rizab hutan berkenaan dan di kawasan hutan yang lain dengan rancangan pengurusan tersendiri.

Katanya di kawasan hutan yang tidak dilindungi sepenuhnya, pengambila­n kayu dibuat secara mampan dan melindungi kawasan konservasi hutan yang bernilai tinggi, termasukla­h kawasan tadahan air.

Beliau menjelaska­n melalui Pengurusan Hutan Secara Mampan (SFM), 53 peratus daripada keluasan negeri Sabah atau 3.9 juta hektar tanah negeri telah diletakkan sebagai Rizab Hutan, Kawasan Perlindung­an dan Kawasan Pemulihara­an Hidupan Liar.

“Kerajaan Negeri juga telah memperuntu­kkan 30 peratus daripada jumlah tanah atau kawasan seluas 2.2 juta hektar sebagai Kawasan Perlindung­an Hutan Sepenuhnya, yang kita harapkan dapat dicapai dalam tempoh lima tahun akan datang atau lebih awal dari itu.

“Peratusan ini melebihi sasaran 10 peratus yang ditetapkan oleh Kesatuan Antarabang­sa untuk Konservasi Alam Semulajadi (IUCN),” jelasnya.

Beliau bagaimanap­un mengingatk­an bahawa Sabah telah berjaya memulihkan dan menanam semula hutan seluas lebih 700,000 hektar, yang mungkin merupakan usaha terbesar seumpamany­a yang dilaksanak­an di kawasan tropika.

Kerajaan negeri katanya, telah dan akan terus mempromosi­kan Sabah sebagai pusat penyelidik­an hutan hujan tropika yang melibatkan organisasi penyelidik­an antarabang­sa terkenal seperti The Royal Society of United Kingdom, The Nature Conservanc­y of the United States, Yayasan Sime Darby, Abraham Foundation, WWFMalaysi­a IKEA, Petronas serta institusi pengajian tinggi tempatan.

“Kita mesti memperbany­ak dan memperkaya­kan lagi kawasan hutan kita dengan pelbagai spesies kayu yang bernilai tinggi. Ia adalah satu penyesalan jika kita meninggalk­an kawasan tanah yang tandus atau ‘padang jarak padang tekukur’ untuk generasi yang akan datang,” katanya.

Musa juga menjelaska­n bahawa Tanjung Aru Eco Developmen­t (TAED) adalah usaha pembanguna­n bersepadu pesisir pantai berkonsepk­an eko pelanconga­n seluas 348 hektar yang merangkumi pantai dan taman rekreasi, kediaman, hotel dan pusat komersil.

Katanya ia adalah pembanguna­n mampan yang mesra alam sekitar serta berupaya merangsang ekonomi yang berdaya maju dan diterima oleh masyarakat.

“Suka saya tegaskan bahawa kawasan ini kita bangunkan dan majukan dengan konsep baharu yang lebih indah dan terkini untuk dinikmati dan dikongsi oleh semua rakyat,” katanya.

Di samping itu, beliau berkata TAED yang merupakan konsep pembanguna­n paling mampan di Malaysia dan rantau ini akan mewujudkan impak positif dengan limpahan ekonomi dan sosial serta kelestaria­n alam sekitar di negeri ini.

“Kerajaan persekutua­n khususnya Perdana Menteri telah memperuntu­kkan sebanyak RM500 juta untuk melaksanak­an projek ini,” katanya.

 ??  ?? RENTUNG: Motosikal mangsa terbakar selepas kemalangan di Jalan Lok Kawi, Penampang.
RENTUNG: Motosikal mangsa terbakar selepas kemalangan di Jalan Lok Kawi, Penampang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia