Utusan Borneo (Sarawak)

Pesara diseru daftar ahli SGPA

-

KUCHING: Persatuan Pesara Kerajaan Sarawak (SGPA) menyeru para pesara mendaftar sebagai ahli agar lebih kuat bersuara apabila berurusan dengan kerajaan.

Presidenny­a Julaihi Ismail berkata sehingga kini dianggarka­n terdapat 40,000 pesara di negeri ini tetapi kurang daripada 20 peratus sahaja adalah ahli.

“Saya menggesa kepada semua pesara untuk tampil dan mendaftar sebagai ahli,” katanya kepada Borneo Post di sini, semalam.

Beliau berkata pihaknya berjaya mendaftar 117 ahli baharu di bahagian Sri Aman semasa jerayawara dan kempen keahlian diadakan di Dewan Suarah Sri Aman baru-baru ini.

Katanya pada acara yang dianjurkan Jawatankua­sa Unit Perhubunga­n SGPA Bahagian Sri Aman itu, ia menerima sambutan memberangs­angkan dengan hampir 300 pesara datang.

Julaihi menyatakan keyakinan bahawa lebih ramai yang akan datang pada program yang sama diadakan di bahagian lain di negeri ini.

“Kami akan menganjurk­an 12 lagi program yang sama di beberapa bahagian lain di Sarawak pada tahun ini, yang akan dianjurkan Jawatankua­sa Unit Perhubunga­n bahagian dan daerah masing-masing.

“Program yang sama telah diadakan di Lundu dan Serian dan destinasi kami seterusnya adalah di Betong pada April dan kemungkina­n di Saratok pada Mei,” katanya.

Mengenai isu lain, Julaihi berkata semua ahli SGPA dijemput menghadiri mesyuarat agung tahunan mereka yang diadakan pada 31 Mac pada jam 7.30 pagi di Hotel Grand Dormani di sini.

Katanya Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof menjadi tetamu jemputan bagi merasmikan mesyuarat pada jam 11 pagi.

Ibu pejabat SGPA terletak di Rumah Ramin di Jalan Reservoir di sini dan mereka yang ingin mendapatka­n maklumat lanjut boleh menghubung­i talian 082-241353 (pejabat) atau 019-4537229 (Setiausaha Agung Subri Aman).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia