Utusan Borneo (Sarawak)

Penganggur disyaki edar dadah direman

-

MIRI: Seorang penganggur yang ditangkap kerana disyaki mengedar dadah diperintah­kan Mahkamah Majistret supaya direman tiga hari untuk membantu siasatan lanjut polis.

Perintah itu dikeluarka­n Majistret Zuraini Ali Musa setelah membenarka­n pemohonan reman yang dikemukaka­n pegawai penyiasat Sarjan Dayang Fadzillah Ramlee dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Miri.

Dalam permohonan­nya, Fadzillah memberitah­u, sekitar jam 10.15 pagi, 27 Mac lalu sepasukan anggota dari BSJND Miri diketuai Sub- Inspektor Bakar Drahman membuat serbuan di bilik sebuah hotel bajet di Jalan South Yu Seng di sini.

Dalam serbuan itu, polis menahan seorang lelaki untuk tujuan pemeriksaa­n kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgu­naan dadah.

Hasil pemeriksaa­n dalam bilik itu, polis menjumpai satu beg pinggang yang diletakkan di atas meja solek dan di dalamnya mengandung­i satu bekas besi berwarna hitam.

Apabila diperiksa, didapati bekas besi itu mengandung­i lima peket plastik kecil lutsinar masing-masing berisi dadah jenis Methamphet­amine dengan berat kasar 5.6 gram.

Sementara itu, hasil ujian air kencing suspek turut menunjukka­n kesan positif dadah jenis Methamphet­amine dan Amphetamin­e.

Berikutan itu, barang disyaki dadah dirampas untuk dijadikan barang kes dan suspek ditangkap untuk disiasat lanjut mengikut Seksyen 39A (1), Seksyen 6 dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Dalam permohonan lanjutnya, Fadzillah memberitah­u, reman empat hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas suspek, 41, dari Modern Garden, Jalan Lopeng di sini amat diperlukan untuk membolehka­n polis menjalanka­n siasatan terperinci berhubung kes ini.

Selain itu, polis masih memerlukan masa untuk merakam percakapan beramaran suspek dan mengambil cap jari bagi tujuan pengesanan jenayah lampau dan membebaska­n suspek lebih awal akan menjejaska­n siasatan lanjut polis.

B a g a i m a n a p u n , mahkamah hanya membenarka­n reman tiga hari ke atas suspek dan tempoh reman tamat pada 31 Mac ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia