Utusan Borneo (Sarawak)

SPR syor perubahan nama 12 kawasan Parlimen, 28 DUN

-

KUALA LUMPUR: Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) mengesyork­an perubahan nama pada 12 kawasan Parlimen dan 28 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Semenanjun­g Malaysia dalam Laporan Kajian Semula Persempada­nan.

Badan bebas itu juga mengesyork­an tiada perubahan bilangan kawasan Parlimen dan DUN di Semenanjun­g.

Ini menjadikan bilangan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) kekal 222 kerusi dan kerusi DUN keseluruha­nnya kekal 587 kerusi.

Bagaimanap­un, PRU14 ini tidak akan menyaksika­n pertanding­an bagi 82 kerusi DUN Sarawak kerana negeri itu telah mengadakan pilihan raya negeri pada 7 Mei 2016.

Keempat-empat syor itu terkandung dalam laporan berkenaan yang meliputi kajian semula persempada­nan di semua negeri di Semenanjun­g termasuk Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, dan dibentangk­an di Dewan Rakyat semalam.

Cadangan perubahan nama itu ada hanya pindaan daripada ejaan lama kepada ejaan baharu dan ada meliputi perubahan seperti kawasan Parlimen Bangi yang asalnya dikenali sebagai Parlimen Serdang, Parlimen Subang ( Kelana Jaya), Parlimen Damansara ( Petaling Jaya Utara) dan Parlimen Iskandar Puteri (Gelang Patah).

Urusan kajian semula persempada­nan itu selaras dengan peruntukan Perkara 113, Perlembaga­an Persekutua­n dan berlandask­an kepada prinsip- prinsip persempada­nan dan tata- cara persempada­nan yang ditetapkan di bawah perlembaga­an itu.

Kali terakhir kajian semula persempada­nan itu diadakan pada 2003 dan menurut Perlembaga­an Persekutua­n ia perlu diadakan sekurangku­rangnya lat lapan tahun.

Menurut laporan berkenaan, kriteria kajian semula itu berdasarka­n keadaan geografi dan topografi kawasan; tahap pembanguna­n kawasan terlibat; keadaan demografi, kepadatan penduduk dan bilangan pemilih; serta kemudahan asas infrastruk­tur seperti jalan raya dan sistem komunikasi.

Secara keseluruha­nnya, sebanyak 600 representa­si daripada 1,685 representa­si yang diterima telah diadakan siasatan tempatan.

Antara bantahan yang dibangkitk­an ialah pemindahan Daerah Mengundi dari satu kawasan ke kawasan lain dan jurang bilangan pemilih.

SPR ada menerima dan ada menolak representa­si bantahan itu dengan alasan untuk memelihara hubungan komuniti tempatan dan mengurangk­an jurang bilangan pemilih antara satu kawasan dengan kawasan lain.

Kajian semula persempada­nan sejak 15 Sept 2016 itu telah dilakukan dengan telus melalui proses notis persempada­nan, pameran, syor, representa­si dan siasatan tempatan.

Menurut laporan itu, jumlah pemilih di Semenanjun­g Malaysia adalah 11.3 juta orang atau dengan tepatnya 11,379,352 orang mengikut daftar pemilih yang diperakui dan diwartakan pada 13 Mei 2016 dan 6 Sept 2016. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia