Utusan Borneo (Sarawak)

Korea Selatan hantar pulang tulang-temulang 20 askar China

-

SEOUL: Seoul semalam menghantar pulang tulangtemu­lang 20 askar China yang terkorban sewaktu Perang Korea, kata kementeria­n pertahanan­nya, yang mencermink­an hubungan yang semakin mesra antara kedua- dua bekas musuh Perang Dingin itu.

Askar Korea Selatan menyerahka­n keranda kayu yang disampang dan ditutupi bendera merah China kepada barisan kehormat China di lapangan terbang Incheon, barat Seoul, di mana ia dipunggah ke atas sebuah pesawat kargo tentera udara China.

Pemindahan itu menjadikan jumlah keseluruha­n mayat warga China yang dihantar pulang sejak satu perjanjian dimeterai pada 2013 kepada 589 orang.

Penghantar­an pulang itu berlaku sebelum perayaan tahunan Qingming – membersihk­an kubur – di China, apabila ramai orang melawat dan membersih kubur nenek moyang mereka.

Kira-kira tiga juta anggota tentera Komunis China memainkan peranan penting dalam sokongan mereka kepada Korea Utara sewaktu konflik 1950-53, dikenali di China sebagai Peperangan Untuk Menentang Kekejaman Amerika Syarikat dan Membantu Korea.

Mereka menyelamat­kan Korea Utara daripada kekalahan ketika tentera Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu pimpinan Amerika Syarikat mengundurk­an tentera Kim Il Sung ke arah sempadan China pada hujung 1950, sebelum kedua-dua pihak menemui kebuntuan di sepanjang apa yang kini dikenali sebagai Zon Bebas Tentera yang memisahkan semenanjun­g Korea.

Jumlah kematian masih dipertikai­kan tetapi anggaran Barat biasanya menyebut 400,000 kematian orang China, manakala sumber China memberikan bilangan kira- kira 180,000 kematian. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? PENGHORMAT­AN TERAKHIR: Duta China ke Korea Selatan, Qiu Guohong, menutup keranda kecil dengan bendera negara China semasa upacara penyerahan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Incheon di Korea Selatan semalam.
— Gambar Reuters PENGHORMAT­AN TERAKHIR: Duta China ke Korea Selatan, Qiu Guohong, menutup keranda kecil dengan bendera negara China semasa upacara penyerahan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Incheon di Korea Selatan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia