Utusan Borneo (Sarawak)

PENYOKONG TEGAR BANTU LANGSAI DENDA

Lima individu nyata hasrat bantu FAS langsai denda RM200,000 yang dikenakan MFL

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) menarik nafas lega selepas lima penyokong tegar Ngap Sayot menawarkan diri untuk membantu melangsaik­an denda berjumlah RM200,000 yang dikenakan oleh Malaysia Football League (MFL).

Menurut Presiden FAS Dato Posa Majais, lima individu terbabit yang enggan dikenali itu telah menyatakan hasrat murni mereka kepadanya baru- baru ini dalam usaha membantu meringanka­n beban ditanggung persatuan berkenaan.

“Bagi pihak FAS, saya merakamkan rasa terharu dan jutaan terima kasih kepada lima penyokong setia pasukan Sarawak ker- ana sudi membantu meringanka­n beban persatuan dengan melangsaik­an denda sebanyak RM200,000.

“Sememangny­a pasukan bola sepak Sarawak sentiasa memerlukan sokongan seperti ini dari penyokong kita,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo semalam.

Menurut Posa, sebelum ini pihaknya telah membuat rayuan kepada Malaysia Football League dan akur dengan keputusan muktamad badan pentadbir bola sepak negara itu.

Tambah beliau, denda itu akan dibayar secara ansuran sebanyak tiga kali.

S a r a w a k antara enam pasu- kan Liga Premier yang pada asalnya didenda sebanyak RM500,000 oleh MFL s e b e l u m dikurangka­n kepada RM200,000 a t a s k e l - e w a t a n penghantar­an dokumen pendaftara­n.

Pasukan lain termasuk Pulau Pinang FA, MISCMIFA, PDRM FA, UKM FC dan Kuantan FA.

Menyentuh peletakan jawatan Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Posa berkata FAS menghormat­i keputusan Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu untuk berundur dari kerusi nombor satu itu.

Malah, beliau turut menyokong mana- mana calon yang dilantik sebagai presiden baru FAM kelak.

Bagi pihak FAS, saya merakamkan rasa terharu dan jutaan terima kasih kepada lima penyokong setia pasukan Sarawak kerana sudi membantu meringanka­n beban persatuan dengan melangsaik­an denda sebanyak RM200,000. Dato Posa Majais Presiden FAS

 ??  ??
 ??  ?? POSA
POSA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia