Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 2,000 belia dijangka sertai Jelajah Milenia Negeri Sarawak

-

KUCHING: Lebih 2,000 generasi muda dijangka akan membanjiri bandar raya ini sempena program Jelajah Milenia Negeri Sarawak yang diadakan pada 8 April nanti di Padang Merdeka dan Plaza Merdeka.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Sarawak menjadi lokasi keenam penganjura­n siri Jelajah Milenia selepas Perlis, Johor, Pahang, Melaka dan Putrajaya.

Beliau memberitah­u, tujuan program ini adalah untuk mendekati anak muda generasi milenia pelbagai bangsa yang berumur antara 10 hingga 30 tahun di semua struktur sosial masyarakat.

“Selain itu, ia juga untuk menyampaik­an maklumat peringkat pertama berkaitan projek pembanguna­n dan dasar terkini negara secara berkesan dan mengikut cita rasa semasa.

“Pada masa sama kita juga mahu mendengar pandangan, cadangan serta maklum balas penambahba­ikan ke atas semua inisiatif kerajaan bagi mempersiap­kan anak muda menuju Malaysia Alaf Baharu 2050,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat persediaan program Jelajah Milenia Negeri Sarawak di bilik mesyuarat, Bangunan Baitul Makmur, Petra Jaya di sini, semalam.

Abdul Karim menambah, majlis perasmian program jelajah itu dijangka dirasmikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg jam 8.30 pagi pada 8 April nanti di Plaza Merdeka.

“Dalam program jelajah ini, pelbagai aktiviti menarik MIRI: Penguasaan pelajar dalam ilmu Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) antara cara mengelak masalah penganggur­an pada masa depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata, walaupun kadar penganggur­an belia rendah, keadaan akan lebih mencabar jika tindakan awal tidak diambil.

“Kita perlu sama-sama membantu bagaimana meningkatk­an bilangan pelajar mengambil bidang STEM sekurang-kurangnya 40 peratus.

“Pada masa ini hanya 19 peratus pelajar mengikuti bidang STEM dan ini sudah tentu tidak mencukupi,” jelas Dennis ketika merasmikan jerayawara kerjaya dan pendidikan Project of Dreams Realized (ProDR) di sini, semalam.

Aktiviti sehari itu dianjurkan bersama Kerajaan Negeri Sarawak dan Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS).

Dennis yang juga ahli lembaga TEGAS memberitah­u, penguasaan STEM membantu melahirkan lebih ramai tenaga mahir yang diperlukan kerajaan negeri untuk memacu ekonomi menuju negeri maju 2030.

“Dengan lebih ramai pelajar mengikuti bidang STEM akan lebih ramai mengikuti bidang teknikal dan vokasional. turut dianjurkan antaranya Milenia Robik, ‘ Bigwalk Milenia dan Forum Milenia.

“Dua ribu peserta terawal akan berpeluang mendapatka­n baju-t percuma,” ujarnya.

Selain itu tambahnya, pelbagai agensi dan jabatan kerajaan termasuk institusi pengajian tinggi awam akan menyertai pameran yang diadakan pada program itu nanti.

“Justeru, kami mempelawa orang ramai terutama penduduk berdekatan tampil menyertai Jelajah Milenia Negeri Sarawak ini nanti,” katanya.

Hadir sama pada sidang media itu, Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman.

“Ini akan melahirkan banyak tenaga mahir berkualiti sama ada dalam bidang digital, teknikal mahupun vokasional,” jelasnya.

Antara usaha TEGAS meningkatk­an kesedaran masyarakat tentang STEM ialah menganjurk­an kesedaran perindustr­ian dan latihan, STEM Playground, mengetuai penghasila­n Sarawak STEM Initiative­s, berkolabor­atif dalam persidanga­n kejurutera­an dan aktiviti STEM, Young Innovate serta beberapa aktiviti dijalankan di Hab Inovasi Digital TEGAS.

Miri merupakan lokasi ke-10 program sebelum diteruskan ke Limbang pada Sabtu dan Lawas pada Isnin depan. Aktiviti bermula di Lundu pada 16 Mac, Serian (18 Mac), Sri Aman (19 Mac), Betong (20 Mac), Saratok (21 Mac), Sarikei (22 Mac), Sibu (23 Mac), Mukah (25 Mac) dan Bintulu (27 Mac).

Disertai 45 institusi dan agensi, ia diharap dapat mendaftark­an lebih ramai pelajar lepasan SPM dan belia lepasan sekolah untuk memasuki institusi pendidikan dan pusat latihan.

Antara aktiviti dijalankan ialah pameran latihan dan pendidikan, bicara pendidikan, penyedia pinjaman dan biasiswa, bengkel kemahiran, cabutan bertuah dan kuiz.

Hadir sama Ketua Pegawai Operasi TEGAS Awangku Merali Pengiran Mohamed. KUCHING: Para guru terutama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai disaran menambah baik serta memperluas­kan lagi kaedah pengajaran dengan tidak mengganggu sistem pembelajar­an sedia ada.

Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, dengan ada cara tambahan itu ia sekali gus dapat membantu guru menambah ilmu pengetahua­n pelajar dalam mata pelajaran teras.

“Justeru, kita mahu semua guru dapat mendidik dan menurunkan ilmu kepada anak-anak dengan cara terbaik agar tiada pelajar tercicir,” katanya semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Matang 2 di sini, semalam.

Beliau berkata, bidang pendidikan merupakan agenda utama yang sering diberi perhatian oleh beliau sejajar degan hasratnya untuk memperkasa bidang itu sejak mula menjadi wakil rakyat pada 2001.

“Ia terbukti dengan adanya penubuhan Badan Muafakat Pendidikan Pantai Damai menerusi gabungan pengetua dan guru besar bersama ahli jawatankua­sa Biro Pendidikan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.4 Pantai Damai.

“Terdapat lima sekolah menengah dan 13 sekolah rendah dalam kawasan DUN Pantai Damai,” tambah beliau.

Bercakap mengenai bidang keagamaan pula, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai itu, beliau akan berbincang dengan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) untuk melihat pendekatan sistem pembelajar­an agama yang perlu ditambah baik pada masa akan datang.

“Harapan kita dengan mengambil pendekatan sebegini, usaha memperkasa­kan lagi bidang pendidikan dalam kawasan DUN Pantai Damai mampu kita realisasik­an,” ujarnya.

Dr Abdul Rahman dalam pada itu mengajak pihak pengurusan SMK A Matang 2 untuk bersama sekolah-sekolah yang ada dalam kawasan DUN N.4 Pantai Damai terus berusaha memantapka­n lagi bidang pendidikan dengan berkongsi pandangan dan idea masing-masing.

“Tidak dinafikan bahawa kejayaan sesebuah sekolah adalah penglibata­n dan komitmen semua pihak termasuk ibu bapa sendiri.

“Oleh yang demikian, saya sarankan agar ibu bapa terus membantu pihak sekolah dalam apa jua bidang dengan kemahiran masing-masing.

“Ini sekali gus akan menjadi semangat dan dorongan tambahan kepada pihak sekolah untuk memastikan anak-anak dibekalkan dengan ilmu secukupnya dan pada masa sama, melahirkan generasi berkualiti pada masa depan,” kata beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia