Utusan Borneo (Sarawak)

Belia sudah daftar pengundi digalak tunai tanggungja­wab pada PRU14

-

KUCHING: Kumpulan Pemikir Dayak ( DTTG) Cawangan Kuching menggalakk­an rakyat negeri ini khasnya golongan belia yang sudah mendaftar sebagai pengundi menunaikan tanggungja­wab mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pengerusin­ya Sybestine Gambong berkata, tanggungja­wab menentukan nasib negara dan masyarakat adalah tanggungja­wab bersama termasuk golongan belia.

Menurutnya sehingga kini masih terdapat lebih 4.2 juta rakyat Malaysia yang layak tetapi belum mendaftar sebagai pegundi.

“Statistik ini amat membimbang­kan kerana ia menjurus kepada golongan belia yang tidak ambil peduli akan pentingnya tanggungja­wab sebagai pengundi.

“Sebagai warganegar­a seharusnya masyarakat sedar akan tanggungja­wab dan per- anan masing-masing dalam memastikan Malaysia akan terus menjadi sebuah negara aman, maju dan disegani di seluruh dunia,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Tambah Sybestine, memilih pemimpin yang benar dan layak melalui pilihan raya amat penting bagi memastikan negara yang tercinta tidak ditadbir pihak tidak bertanggun­gjawab dan boleh memusnahka­n apa yang telah dimiliki.

Selain itu katanya, DTTG menggalakk­an golongan muda lebih aktif bergiat dalam kerja amal atau menjadi sukarelawa­n semasa pilihan raya dijalankan seperti menjadi ejen pilihan raya.

“Ini dilihat sebagai salah satu cara memupuk semangat toleransi da kekitaan dalam masyarakat berbilang kaum.

“Selain itu ia juga mengkhusus­kan kepada demokrasi yang terpimpin dan dilihat dapat membantu kerajaan memastikan pilihan raya berjalan lancar, adil dan amanah,” katanya.

Menurut beliau, di negara maju seperti Amerika Syarikat tanggungja­wab sebagai sukarelawa­n amat penting dan mereka mempunyai peranan yang amat besar bagi menentukan negara dapat melaksanak­an tanggungja­wab dengan adil dan saksama semasa pilihan raya.

“Oleh itu masyarakat di negara ini juga sewajarnya memandang serius perkara ini dan sedar betapa pentingnya tanggungja­wab sebagai sukarelawa­n,” tegasnya.

 ??  ?? SYBESTINE
SYBESTINE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia