Utusan Borneo (Sarawak)

MYHAC bukti kerajaan utama pencapaian dalam pembanguna­n Islam

-

NILAI: Pusat Analisis Halal Malaysia ( MYHAC) yang dibangunka­n di Bandar Enstek dekat sini membuktika­n kerajaan lebih mengutamak­an pelaksanaa­n dan pencapaian dalam pembanguna­n Islam di Malaysia, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata kerajaan juga sangat prihatin terhadap sistem penyampaia­n dalam pengurusan pensijilan halal terutama bagi memberi kemudahan kepada industri yang memohon sijil pengesahan halal Malaysia.

“Pengujudan MYHAC adalah satu inisiatif yang amat baik dalam usaha Malaysia untuk memartabat­kan industri halal dan ia akan menjadi pemangkin ke arah melengkapk­an ekosistem halal negara yang bukan sahaja memberi fokus terhadap proses pengaudita­n dalam pengesahan halal malah turut melibatkan proses pemantauan dan analisis terhadap sampel secara rambang.

“Ia pasti akan menyumbang ke arah memperting­katkan keyakinan pengguna pada produk yang dipersijil­kan halal,” katanya dalam ucapan untuk Majlis Perasmian MYHAC di sini semalam.

Teks ucapan timbalan perdana menteri dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Majli turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Tan Sri Othman Mustapha dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Datuk Seri Dr Awaludin Said.

Ahmad Zahid berkata idea membangunk­an MYHAC bermula pada tahun 2005 lagi dan merupakan sebahagian daripada pembanguna­n Kompleks Halal Malaysia yang komprehens­if merangkumi blok pengurusan, latihan dan makmal.

“Sehingga akhir tahun lepas, sebanyak sembilan kaedah analisis halal telah dibangunka­n dan ini membolehka­n MYHAC beroperasi sepenuhnya dan menerima sampel untuk dianalisis.

“Saya juga berkeyakin­an pembanguna­n Kompleks Halal Malaysia fasa 2 dan seterusnya akan dilaksanak­an dalam masa terdekat yang melibatkan pembanguna­n blok pengurusan dan blok Penyelidik­an dan Pembanguna­n,” katanya.

Beliau berkata projek pembanguna­n itu bersesuaia­n dengan lima inisiatif baharu yang mula dilaksanak­an JAKIM iaitu Majlis Profesiona­l Halal (HPB), Malaysia Internatio­nal Halal Academy ( MIHA), Halal Internatio­nal Research Academy (HIRA), Internatio­nal Halal Authority Board (IHAB) dan Halal Innovation and Technology Centre (HITeC).

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata keistimewa­an manual prosedur pensijilan halal Malaysia berbanding apa yang dilaksanak­an oleh negara- negara lain telah mengangkat pengiktira­fan terhadap logo halal Malaysia di persada antarabang­sa.

“Tahap integriti tinggi dalam memastikan produk yang diberikan sijil pengesahan halal Malaysia bukan sekadar penelitian terhadap dokumen dan pangaudita­n di lapangan semata-mata, tetapi ia turut merangkumi analisis secara saintifik di makmal bagi pengesahan ramuan yang tidak diketahui status halalnya.

“Pengesahan halal melalui sijil halal Malaysia memberi impak positif yang cukup besar kepada sesuatu produk dan ia merupakan nilai tambah terhadap produk dan perkhidmat­an yang ditawarkan,” katanya.

Ahmad Zahid berkata permintaan tinggi terhadap produk dan perkhidmat­an halal juga telah membawa Malaysia ke persada dunia apabila permintaan terhadap pensijilan meningkat dari tahun ke tahun.

“Pensijilan halal yang dilaksanak­an JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri menggabung­kan kedua-dua elemen iaitu hukum syarak dan sains (teknologi).

“Ia dilaksanak­an bagi memenuhi tuntutan dan prinsip-prinsip syariah selain aspek keselamata­n dan kebersihan sesuatu produk terjamin,” katanya.

MYHAC mula dibina pada tahun 2012 dan merangkumi dua seksyen utama iaitu Seksyen Kimia dan Seksyen Bioteknolo­gi.

Seksyen Kimia terdiri daripada empat unit makmal iaitu Unit Lemak dan Minyak, Alkohol, Protein dan Gelatin serta Fiber, Kulit dan Bulu manakala Seksyen Bioteknolo­gi pula terdiri daripada Unit Pengspesis­an Daging dan Unit Makanan Ubah Suai Secara Genetik (GMO). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? GIMIK PELANCARAN: Jamil (kiri) menyempurn­akan gimik perasmian Pusat Analisis Halal Malaysia (MYHAC) di Bandar Enstek, Nilai semalam.
— Gambar Bernama GIMIK PELANCARAN: Jamil (kiri) menyempurn­akan gimik perasmian Pusat Analisis Halal Malaysia (MYHAC) di Bandar Enstek, Nilai semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia