Utusan Borneo (Sarawak)

Tanpa kelibat Kane, Spurs tetap sedia akhiri badi malang di Stamford Bridge

-

MANCHESTER, England: Chelsea tahu mereka harus menewaskan kelab jiran, Tottenham Hotspur Ahad ini untuk mengembali­kan peluang realistik untuk layak ke Liga Juara-Juara musim hadapan dan sejarah kelihatan memberikan galakkan kepada mereka.

Spurs, di tangga keempat liga yang juga slot terakhir kelayakan ke Liga JuaraJuara, berada lima mata di hadapan Chelsea dan dengan baki tujuh perlawanan musim ini, jurang mata diperlukan untuk menghalang Spurs dari menduduki slot terakhir kelayakan ke kejohanan elit kelab Eropah itu. Namun rekod Spurs di Stamford Bridge memberikan harapan kepada Chelsea. Spurs belum pernah menang dalam liga di Stamford Bridge sejak 1990, apabila pasukan itu memiliki bintang sensasi seperti Paul Gascoigne dan Gary Lineker. D a n p e n y o k o n g Spurs tidak perlu diingatkan t e n - tang kega- galan pasukan mereka memperta- hankan pendahulua­n 2-0 di Stamford Bridge sebelum seri 2-2 pad 2016, sekali gus memberikan kejuaraan Liga Perdana kepada Leicester City.

Eden Hazard, yang menjaringk­an gol penyamaan ketika itu, sekali lagi menjadi ancaman utama pert a h a n a n Spurs sem e n t a r a Willian ketika ini beraksi cemerlang bersama Chelsea.

Pengurus Spurs, Mauricio Pochettino sekali lagi tanpa penyerang utama, Harry Kane kerana kecederaan tetapi beliau memiliki pemain sayap, Son Heungm i n beraksi cemerlang dan sudah menjaringk­an tujuh gol dari lima perlawanan terakhir pasukannya.

Pendahulu liga, Manchester City, tahu kemenangan di Everton pada perlawanan hari Sabtu akan memberikan mereka peluang terbaik untuk mengesahka­n kejuaraan liga pada perlawanan menentang kelab jiran, Manchester United. City memiliki kelebihan 16 mata berbanding United tetapi pengurusny­a, Pep Guardiola menyedari Everton bukan pasukan lemah – selepas gagal menewaskan mereka dalam tiga perlawanan sejak menjadi pengurus City. Kunjungan terakhir beliau di Everton menyaksika­n City dibelasah 0-4 dan ketika ia sukar untuk menjangkak­an keputusan yang sama, Everton mengikat City 1-1 pada bulan Ogos. Pada perlawanan lain, Manchester United akan menentang Swansea City di Old Trafford, juga pada perlawanan hari Sabtu sementara West Ham United akan menentang Southampto­n, yang dibimbing buat kali pertama oleh Mark Hughes. — Reuters

 ?? — Gambar AFP ?? CEDERA: Kane tidak akan menye r t a i k u n - jungan S p u r s ke Stamford Bridgepada­aksiliga menentang Chelsea kerana kecederaan.
— Gambar AFP CEDERA: Kane tidak akan menye r t a i k u n - jungan S p u r s ke Stamford Bridgepada­aksiliga menentang Chelsea kerana kecederaan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia