Utusan Borneo (Sarawak)

Perenang elit MSNS menyerlah pada kejohanan Milo/PRAM di KL

-

KUCHING: Perenang Program Latihan Elit Renang Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) mencatat keputusan memberangs­angkan pada Kejohanan Kumpulan Umur Jemputan Malaysia Milo/ PRAM Ke-54 yang diadakan di Pusat Akuatik Kebangsaan, Kuala Lumpur dari 15 hingga 18 Mac lepas.

Mencuri tumpuan atlet bayangan SUKMA berusia 15 tahun, Hii Puong Wei yang mendapat latihan di bawah kendalian Ketua Jurulatih Elit MSNS, Dieung Manggang dan pembantuny­a, Raymond Chang.

Hii mendapat manfaat aplikasi sains sukan, penggunaan makanan kesihatan dan latihan di gimnasium dalam programnya dengan memperbaik­i catatan peribadiny­a pada kejohanan kebangsaan itu.

Pelajar SMK Batu Lintang itu mengutip emas terbanyak dengan enam pingat dari keseluruha­n 11 pingat emas yang dimenangi kontinjen Sarawak.

Hii merangkul emas dalam acara 100 meter gaya bebas, 200 meter kuak dada, 200 meter rampaian individu, 100 meter kuak lentang, 400 meter rampaian individu dan 200 meter kuak lentang (13- 14 tahun).

Beliau turut menggondol perak dalam acara 100 meter kuak kupu-kupu, 50 meter kuak lentang, 100 meter kuak dada, 50 meter gaya bebas dan 200 meter gaya bebas.

Pemenang emas lain termasuk Welson Sim Wee Sheng dalam acara lelaki terbuka (100 gaya bebas, 200 gaya bebas dan 400 meter gaya bebas), Angela Chieng Chui Fei dalam acara wanita terbuka (400 meter gaya bebas) dan Kilian Ung Shihuang dalam acara 50 meter kuak dada lelaki 15-17 tahun.

Saarwak turut merangkul perak menerusi Angela (200 meter gaya bebas), Kristen Chong (100 meter kua dada perempuan 11- 12 tahun), Leong Wan Ying (100 meter kuak lentang perempuan terbuka), Job Tan Xi Jay (50 meter kuak kupu-kupu, 100 meter kuak dada, 200 meter gaya bebas lelaki 15-17 tahun, Leong Wan Mei (100 meter gaya bebas peremuan 15-17 tahun dan 4x100 meter menerusi Leong Wan Mei, Angel Lau, Rachel Chang dan Nee Qiao Yuan.

Manakala gangsa dimenangi Kristen Chong (100 dan 200 meter kuak dada perempuan 11-12 tahun), Hii Puong Jie (400 meter rampaian individu lelaki 13-14 tahun, Leong Wan Mei (50 meter kuak dada perempuan 15-17 tahun), Leong Wan Ying (100 meter kuak lentang Perempuan Terbuka), Emily Wong (100 meter gaya bebas perempuan bawah 10 tahun), Job Tan (50 meter kuak kupukupu lelaki 15-17 tahun) dan 4x100 meter gaya bebas lelaki menerusi Welson Sim, Ngu Jiung Wei, Chang Jia En dan Patrick Lau.

 ??  ?? MENYERLAH: Perenang Sarawak (dari dua kiri) Ngu Jiung Rong, Leong Wan Mei, Kristen Chong Siew Yet, Emily Wong Li Min, Darren Ngui Moh Gin, Hii Puong Jie, Kilian Ung Shihuang dan Hii Puong Wei bergambar bersama Ketua Jurulatih Kebangsaan, Paul...
MENYERLAH: Perenang Sarawak (dari dua kiri) Ngu Jiung Rong, Leong Wan Mei, Kristen Chong Siew Yet, Emily Wong Li Min, Darren Ngui Moh Gin, Hii Puong Jie, Kilian Ung Shihuang dan Hii Puong Wei bergambar bersama Ketua Jurulatih Kebangsaan, Paul...
 ??  ?? KAMI JUARA: Henry (tengah), Margaret (lima kanan) dan jawatankua­sa penganjur bergambar bersama pasukan juara Pertanding­an Futsal LISUS Bahagian Limbang.
KAMI JUARA: Henry (tengah), Margaret (lima kanan) dan jawatankua­sa penganjur bergambar bersama pasukan juara Pertanding­an Futsal LISUS Bahagian Limbang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia