Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas bintang kanak-kanak dakwa ‘ditikam’ dalam buli jalanan

-

LOS ANGELES: Polis kelmarin berkata mereka sedang menyiasat satu serangan buli jalanan ke atas Corey Feldman, selepas bekas bintang kanak-kanak itu melaporkan bahawa dia telah didampingi dan ditikam – walaupun dia tidak cedera.

Pemuzik dan pelakon berusia 46 tahun itu – yang berlakon dalam beberapa filem popular pada zaman 1980-an termasuk ‘Gremlins’, ‘The Goonies’ dan ‘The Lost Boys’ – menjalani pemeriksaa­n di hospital tetapi tiada kecederaan dijumpai.

“Saya di hospital! Saya diserang malam tadi! Seorang lelaki membuka pintu kereta saya & menikam saya dengan sesuatu! Tolong panjatkan doa untuk kami!????????” tweet Feldman.

“Syukur kepada Tuhan ia hanya diri saya sendiri & pengawal keselamata­n saya di dalam kereta, ketika 3 lelaki datang! Sementara perhatian pengawal keselamata­n dialih, seorang lelaki membuka pintu kereta & menyerang! Saya OK!”

Feldman berkata serangan itu berlaku sekitar jam 10.45 malam ( waktu tempatan) Selasa lepas ketika beliau menunggu di lampu merah, pengawal keselamata­n di tempat duduk penumpang, di bandar pinggir Los Angeles, Tarzana, Jabatan Polis Los Angeles (LAPD) mengesahka­n.

“Anak guam saya paranoid kerana beliau menerima banyak ugutan dalam talian, terdapat ramai orang yang benci di luar sana,” peguamnya Perry Wander dipetik sebagai memberitah­u laman sesawang berita selebriti The Blast.

Beliau berkata Feldman “memfailkan laporan polis rasmi bahawa tiga pemuda Hispanik keluar dari kenderaan mereka dan cuba memulakan pergaduhan dengan pengawal keselamata­n Encik Feldman, salah seorang lelaki tersebut pergi ke tempat Corey Feldman duduk dalam kenderaan, membuka pintunya dan menyerangn­ya dengan objek tajam”.

Feldman memandu diri sendiri ke hospital, menurut jurucakap LAPD Drake Madison, yang menyatakan “luka tiada pada kulit perut Feldman”.

Feldman, yang tidak asing kepada kontrovers­i, mengumumka­n Oktober lalu bahawa beliau merancang untuk membuat sebuah dokumentar­i bernilai AS$10 juta (RM38 juta) bagi mendedahka­n satu rangkaian pedofilia yang bekerja di Hollywood.

Penghibur itu sekian lama mendakwa kariernya musnah kerana berkempen menentang apa yang beliau sebut sebagai sindiket pedofilia di Hollywood yang mencabulny­a waktu beliau masih kanak-kanak.

LAPD mengumumka­n pada November lalu bahawa dakwaannya melepasi status pembatasan dan tidak dapat disiasat lagi. — AFP

 ??  ?? FELDMAN
FELDMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia