Utusan Borneo (Sarawak)

Mesyuarat tertinggi Korea menjelang sidang kemuncak

-

SEOUL: Pegawai kanan dari kedua- dua negara Korea bermesyuar­at semalam untuk membuat persiapan bagi satu sidang kemuncak antara Korea yang jarang sekali berlaku, beberapa hari selepas pemimpin negara senjata nuklear Korea Utara Kim Jong Un membuat penampilan sulung pada peringkat antarabang­sa dengan lawatan mengejut ke China.

Kim dijadual berjumpa dengan Presiden Korea Selatan Moon Jae In pada hujung April di perkampung­an gencatan senjata Panmunjom dalam Zon Bebas Tentera, diikuti rundingan bersejarah dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang mungkin akan berlaku seawal Mei.

Di Astaka Penyatuan di bahagian utara Panmunjom, ketua delegasi Pyongyang, Ri Son Gwon berkata rundingan semalam bertujuan untuk membuka laluan bagi pertemuan antara pemimpin Utara dan Selatan – rujukan terbuka pertama kepada sidang kemuncak oleh mana- mana outlet media atau pegawai Korea Utara.

“Sejak kira-kira 80 hari lalu, banyak peristiwa yang luar biasa dalam hubungan antara Korea telah berlaku,” kata Ri, Pengerusi Jawatankua­sa Penyatuan Semula Negara Korea Utara.

Ketua delegasi tiga anggota Seoul, Menteri Penyatuan Cho Myoung Gyon, memberitah­u wartawan sebelum itu bahawa menetapkan tarikh bagi sidang kemuncak itu, ketiga seumpamany­a selepas pertemuan pada 2000 dan 2007, adalah satu perkara agenda penting.

“Kami akan mengadakan perbincang­an yang baik dengan Korea Utara untuk menganjurk­an sidang kemuncak antara Korea dengan jayanya pada April,” kata Cho.

Hubungan yang pulih dengan begitu cepat di semenanjun­g Korea dimulakan oleh Sukan Olimpik Musim Salji di Korea Selatan dan berlaku selepas ketegangan meruncing selama setahun berhubung program nuklear dan misil Korea Utara, yang menyaksika­n Kim dan Trump bertikam lidah.

Sejak itu perkembang­an sudah berlaku dengan cepat, dengan beberapa lawatan rasmi di antara kedua-dua negara Korea dan sepasukan penghibur Korea Selatan pergi ke utara semalam sebe- lum konsert K-pop diadakan di Pyongyang.

Juga semalam, diplomat tertinggi China, Ahli Majlis Kerajaan Yang Jiechi, berada di Seoul untuk memberi taklimat kepada Moon mengenai lawatan sulit Kim ke Beijing pada minggu ini untuk ber- temu dengan Presiden China Xi Jinping buat pertama kali.

Ia merupakan lawatan pertama pemimpin Korea Utara ke luar negara sejak beliau mewarisi kuasa ekoran kematian bapanya, Kim Jong Il, pada 2011.

China sudah lama menjadi pembela diplomatik penting Korea Utara selain menyediaka­n dagangan dan bantuan, tetapi hubungan ditegangka­n oleh program senjata Pyongyang, dan Beijing menunjukka­n kesediaan baharu untuk melaksanak­an sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terhadapny­a.

Walaupun demikian kedua-dua pemimpin memuji hubungan bersejarah keduadua negara mereka, dan Xi menerima jemputan Kim untuk melawat Pyongyang, menurut Agensi Berita Pusat Korea yang rasmi di Korea Utara.

“Tiada persoalan bahawa lawatan asing pertama saya adalah ke ibu negara China,” ia memetik Kim sebagai berkata, sambil menyifatka­nnya sebagai satu “kewajipan yang mulia”.

Kim berjanji beliau “komited kepada pemansuhan nuklear” di semenanjun­g Korea, menurut agensi berita Xinhua di China – tetapi menambah ini bergantung kepada Korea Selatan dan AS mengambil apa yang beliau panggil “langkah progresif dan selaras untuk merealisas­ikan keamanan”.

Penganalis­is berkata kedua-dua pihak ada sebab untuk mengadakan pertemuan itu – Pyongyang untuk mendapatka­n sokongan dan bantuan Beijing, dan China untuk melindungi kepentinga­nnya di negara yang ia anggap sebagai halaman di belakang rumah.

Seorang profesor di Universiti Kebangsaan Pusan, Korea Selatan, Robert Kelly, berkata: “Xi tidak akan membenarka­n pertemuan ini jika China tidak betul-betul bimbang mengenai sidang kemuncak yang akan datang dan mahu memainkan peranan tertentu.”

Akhbar JoongAng Daily di Korea Selatan berkata dalam satu laporan pengarang semalam bahawa pertemuan itu “menjadikan situasi lebih rumit kerana Xi tiba-tiba masuk campur dalam rundingan”.

“China tidak akan melihat begitu sahaja,” ujarnya. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? RUJUKAN TERBUKA: Cho (kiri) berjabat tangan dengan Ri ketika pertemuan di perkampung­an gencatan senjata Panmunjom dalam Zon Bebas Tentera semalam.
— Gambar AFP RUJUKAN TERBUKA: Cho (kiri) berjabat tangan dengan Ri ketika pertemuan di perkampung­an gencatan senjata Panmunjom dalam Zon Bebas Tentera semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia