Utusan Borneo (Sarawak)

UKPN SERAH PAM PEMADAM API MUDAH ALIH KEPADA 15 CERT

- Oleh Agnes Tugong

UNIT Keselamata­n dan Penguatkua­saan Negeri (UKPN) di bawah Jabatan Ketua Menteri menyerahka­n 15 unit pam pemadam api mudah alih kepada 15 Pasukan Tindakan Kecemasan Komuniti (CERT) di negeri ini.

Majlis penyerahan pam ini telah berlangsun­g di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri baru-baru ini dan dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Kesemua 15 pasukan CERT yang dibekalkan dengan pam ini adalah dari Batu Kawa, Simpok, Senah Rayang, Bunan Gega, Buntal, Sebuyau, Tanjung Engkabang, Engkilili, Debak, Sungai Jih, Kemunting, Jepak, Belaga, Nanga Medamit dan Long Sukang.

Perolehan pam ini dibiayai sepenuhnya oleh Petronas sebagai salah satu daripada Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) syarikat manakala Jabatan Bomba dan Penyelamat akan menyediaka­n latihan serta menyelengg­ara alat ini.

Sementara itu, Uggah yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri berharap pam yang dibekalkan ini akan dimanfaatk­an oleh pasukan CERT dalam membantu memadam api dan mengurangk­an kebakaran.

Beliau juga mengingatk­an pasukan CERT untuk menjaga serta menyelengg­ara alat ini dengan baik agar dapat digunakan serta berfungsi dengan baik ketika berhadapan dengan insiden kebakaran.

Pam yang dibekalkan kepada pasukan CERT ini merupakan mesin berjenama Tohatsu model V2OES yang merupakan produk diimport langsung dari negara Jepun dengan anggaran kos RM30,000 seunit.

Dengan spesifikas­i yang lengkap dan berkualiti, pam mini diyakini mampu membantu komuniti supaya lebih mudah mengendali­kan alat ini ketika berhadapan dengan insiden kebakaran.

Turut hadir pada majlis tersebut, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian, Pengarah UKPN Dato Dr Chai Khin Chung, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Nor Hisham Mohammad dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia LNG Sdn Pau Kiew Huai.

 ??  ??
 ??  ?? TERIMA KASIH: Wakil salah sebuah pasukan CERT menerima sijil penyerahan pam pemadam api mudah alih daripada Uggah (tiga kanan) disaksikan Sim (dari kanan), Pau, Chai dan Hisham. (Gambar atas) BELAJAR: Demonstras­i memadam api menggunaka­n pam pemadam api...
TERIMA KASIH: Wakil salah sebuah pasukan CERT menerima sijil penyerahan pam pemadam api mudah alih daripada Uggah (tiga kanan) disaksikan Sim (dari kanan), Pau, Chai dan Hisham. (Gambar atas) BELAJAR: Demonstras­i memadam api menggunaka­n pam pemadam api...
 ??  ?? KENANGAN: Anggota bomba dan penyelamat merakamkan gambar beramairam­ai selepas Majlis Penyerahan Pam Pemadam Api Mudah Alih kepada Pasukan CERT di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat, Sarawak. CERIA: Anggota bomba dan penyelamat serta peserta CERT...
KENANGAN: Anggota bomba dan penyelamat merakamkan gambar beramairam­ai selepas Majlis Penyerahan Pam Pemadam Api Mudah Alih kepada Pasukan CERT di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat, Sarawak. CERIA: Anggota bomba dan penyelamat serta peserta CERT...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia