Utusan Borneo (Sarawak)

MIRI FA PERTARUH ‘SENJATA RAHSIA’

Optimis tewaskan Rantau Panjang aksi suku akhir pertama LBR 2017-2018 petang ini

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Ketua Jurulatih Miri FA, Hakimi Man mempertaru­h ‘senjata rahsia’ pasukannya untuk menewaskan Rantau Panjang pada aksi suku akhir pertama Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) 2017-2018 di Padang Rekreasi Petroleum Lutong di Miri petang ini.

Dihubungi Utusan Borneo di sini semalam, Hakimi berkata ‘senjata rahsia’ tersebut telah membantu Miri menewaskan Keningau dengan 3-1 pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan di Sabah sebelum ini.

“Perlawanan ini amat penting untuk kita memenangin­ya sebagai bekalan selesa ke tempat lawan dan sudah tentu kita akan cuba menjaringk­an seberapa banyak gol di laman sendiri.

“Justeru, kita akan bermain dengan ‘all out’ dan menggunaka­n apa juga kekuatan dan ‘senjata’ bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Miri FA.

“Kita mempunyai banyak pilihan pemain untuk diturunkan pada perlawanan itu nanti namun akan mempertaru­h yang terbaik sahaja,” kata jurulatih berpengala­man itu.

Beliau juga menggesa semua pemain memberi fokus seratus peratus sepanjang 90 minit permainan kerana su- kar menjangkak­an kekuatan lawan dari Kelantan itu.

Menurutnya, Rantau Panjang mempunyai reputasi tinggi dan Miri FA perlu berhati-hati kerana pasukan itu pasti merencanak­an sesuatu terbaik untuk mengecewak­an pasukan tuan rumah.

“Peluang kedua-dua pasu- kan adalah seimbang. Kita tidak mahu memandang rendah kemampuan lawan walaupun kelebihan memihak kepada kita bermain di kandang sendiri.

“Apa yang penting, semua pemain perlu fokus terhadap permainan masing-masing dan bermain mengikut apa yang dirancangk­an bagi mengelak melakukan kesilapan mudah,” jelasnya.

Beliau juga menyeru penyokong-penyokong setia bola sepak tempatan datang beramai-ramai memberi sokongan padu kepada pasukan Miri FA di laman sendiri petang ini.

Menurut Hakimi, beliau menjemput Ahli Parlimen Sibuti Datuk Ahmad Lai Bujang, Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Senadin, Datuk Lee Kim Shin dan ADUN Piasau, Datuk Sebastian Ting untuk hadir menyaksika­n perlawanan tersebut.

Perlawanan kedua- dua pasukan itu bermula jam 4.15 petang ini.

Justeru, kita akan bermain dengan ‘all out’ dan menggunaka­n apa juga kekuatan dan ‘senjata’ bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Miri FA. Hakimi Man Ketua Jurulatih Miri FA

 ??  ??
 ??  ?? SEDIA: Hakimi (duduk lima kiri) bersama pemain-pemain dan jurulatih pasukan Miri FA selepas sesi latihan di Miri kelmarin.
SEDIA: Hakimi (duduk lima kiri) bersama pemain-pemain dan jurulatih pasukan Miri FA selepas sesi latihan di Miri kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia