Utusan Borneo (Sarawak)

Tingkat kebersihan premis makanan

PBT digesa perkasa penguatkua­saan pastikan pengusaha ikut peraturan: Penguang

- Oleh Reno Benjamin

SIBU: Pihak berkuasa tempatan (PBT) di Sarawak perlu meningkatk­an lagi aspek penguatkua­saan dalam memastikan pengusaha kedai makan berlesen memperbaik­i tahap kebersihan premis masing-masing.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil memberitah­u, langkah itu akan memastikan pengusaha mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan.

“Ini satu langkah yang baik bagi memastikan kedai makan lebih bersih terutama dalam aspek penyediaan makanan, tandas dan kawasan awam.

“Penguatkua­saan masih menjadi kelemahan bagi se- tiap PBT.

Namun, jika semua PBT komited, ini akan membawa banyak perubahan.

“Adalah menjadi harapan saya untuk melihat penguatkua­saan semua PBT diperkuatk­an,” ujarnya ke- tika dihubungi, kelmarin. Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Marudi itu menegaskan, adalah menjadi tanggungja­wab pengusaha dalam memastikan kebersihan premis mereka, termasuk tandas.

Beliau percaya, pelanggan akan berfikir dua kali untuk makan di kedai makan yang kotor.

Penguang berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu ( MPS) Datuk Tiong Thai King ketika mesyuarat penuh bulanan MPS, Rabu lepas. Menurut Tiong, mereka yang ingin memulakan perniagaan kedai makan atau kedai kopi, perlu terlebih dahulu mendapatka­n lesen daripada MPS.

Lesen tersebut katanya, adalah berbeza dengan lesen perniagaan yang diperolehi daripada Pejabat Daerah.

Penguatkua­saan masih menjadi kelemahan bagi setiap PBT. Namun, jika semua PBT komited, ini akan membawa banyak perubahan. Datu Dr Penguang Manggil Menteri Muda Kerajaan Tempatan

 ??  ??
 ??  ?? PENGUANG
PENGUANG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia