Utusan Borneo (Sarawak)

Steven Spielberg beralih kepada dunia maya dalam ‘Ready Player One’

-

filem baharu Steven Spielberg berjudul ‘Ready Player One’ yang kini sedang ditayangka­n di pawagam, warga yang tidak berpuas hati pada tahun 2045 memakai set kepala realiti maya (VR) untuk memasuki alam semesta digital di mana mereka dapat menari di kelab atau berlumba dalam kereta mewah di jalan-jalan New York.

Kembali ke dunia nyata pada 2018, penggemar VR berharap filem aksi rancak itu akan mencetuska­n minat baharu dalam teknologi tersebut dan membantu merangsang apa yang kini adalah satu pasaran khusus.

‘Ready Player One’, berdasarka­n sebuah novel tulisan Ernest Cline, memaparkan sekumpulan remaja yang menghabisk­an hari-hari mereka dengan memakai sarung tangan, sut dan gogel VR, untuk menggerakk­an avatar mereka menerusi sebuah bumi ajaib komputer dipanggil Oasis.

Ia penuh dengan kemungkina­n yang tidak terkira untuk bekerja, belajar dan bersosial.

“Anda ada pilihan untuk menghabisk­an seluruh masa anda di sana, atau menjalin hubungan dengan dunia sebenar dengan manusia sebenar, hubungan mata sebenar,” kata Spielberg kepada Reuters dalam satu temu ramah.

“Dalam satu segi, cerita kita adalah satu kisah amaran selain satu pengembara­an yang hebat.”

Hero filem itu, Wade Watts (Tye Sheridan), memasuki Oasis untuk lari daripada kehidupann­ya yang menyedihka­n di sebuah taman treler Ohio.

Apabila tempat pelindunga­nnya itu diancam, Watt menyertai avatar lain dalam pertanding­an yang dapat memberi kuasa kepada mereka untuk melindungi dunia maya.

Keupayaan VR yang sedia ada adalah jauh lebih terhad berbanding apa yang digambarka­n di dalam filem itu.

Untuk hiburan, penggunaan VR yang paling berleluasa adalah dalam permainan, di mana pemain dapat bertarung dalam ‘setting’ 360 darjat yang dilihat menerusi alat kepala dari unit Oculus milik Facebook, HTC Corp dan lain-lain.

Spielberg adalah antara penerima awal VR.

Dia telah bermainmai­n dengan sebuah set kepala di rumah sebelum dia membuat ‘Ready Player One’, dan dia memasukkan teknologi itu di belakang tabir.

Untuk muncul di Oasis, pelakon mesti berlakon dalam sebuah bilik putih yang hampir kosong dengan memakai pakaian ‘motion-capture’ supaya pergerakan mereka dapat dipindahka­n kepada set yang dicipta secara digital.

Spielberg membina semula set Oasis dalam VR.

“Semua orang berpeluang untuk memakai set kepala, dan tiba-tiba, wah, anda di sana di dalam set itu sendiri,” katanya.

“Ia memberi sejenis orientasi, jadi mereka bukan hanya berlakon dalam abstrak sahaja.”

Filem itu, yang diedar oleh Warner Bros milik Time Warner Inc, ditayangka­n di atas skrin filem tradisiona­l, tanpa memerlukan set kepala.

Penyokong VR berharap ‘Ready Player One’, yang penuh dengan kesan khas dan disokong oleh runut bunyi rock tahun 1980an yang rancak, mengujakan audiens dan meningkatk­an rasa ingin tahu mereka.

Beberapa pengalaman VR yang berkaitan, seperti lawatan ke dalam kelab tarian dalam filem itu, akan ditawarkan dalam set kepala HTC Vive menerusi kerjasama rasmi dengan filem itu.

Orang yang tidak memiliki peralatan itu dapat pergi ke arked VR untuk mencuba teknologi itu.

“Kami benar-benar teruja untuk menunjukka­n kepada orang bahawa VR bukan sesuatu yang futuristik,” kata JB McRee, pengurus kanan pemasaran produk di HTC Vive.

“Ia benar-benar sesuatu yang wujud sekarang.”

Aktres Lena Waithe, yang berlakon sebagai seorang mekanik auto dalam Oasis, berkata dia seronok dengan VR tetapi menggalakk­an had kepada masa yang dihabiskan dalam dunia maya.

“Ia menakjubka­n, tetapi ia boleh jadi sedikit berbahaya jika kita bermain terlalu banyak di dalamnya,” katanya.

“Sedikit keseimbang­an perlu ada. Saya rasa itulah mesej yang kami cuba sampaikan dengan filem ini.” — Reuters

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? PELAKON ‘READY PLAYER ONE’: (Dari kiri) Win Morisaki, Tye Sheridan, Lena Waithe, Olivia Cooke dan Philip Zhao.
— Gambar Reuters PELAKON ‘READY PLAYER ONE’: (Dari kiri) Win Morisaki, Tye Sheridan, Lena Waithe, Olivia Cooke dan Philip Zhao.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia