Utusan Borneo (Sarawak)

LELAKI DICEKUP MILIKI DADAH DEPAN RUMAH

-

BINTULU: Seorang lelaki dicekup selepas dipercayai memiliki dan mengedar dadah di hadapan rumahnya di sini, tengah malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superinten­den Zulkipli Suhaili berkata, terdahulu sepasukan anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah ternampak kelibat mencurigak­an seorang lelaki di hadapan sebuah rumah di Taman Sebiew Indah, di sini.

“Anggota polis bertindak menahan lelaki tersebut dan membuat pemeriksaa­n badan yang membawa kepada penemuan tiga peket dadah jenis ganja dalam genggaman tangannya,” ujarnya pada sidang media di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu semalam.

Zulkipli berkata, semasa soal siasat, suspek berusia 24 tahun itu membawa pihak polis ke bilik tingkat atas rumah terbabit dan menjumpai sebuah kotak kayu kekuningan yang berisi satu peket kecil dadah disyaki ganja.

“Pemeriksaa­n lanjut turut menjumpai alat penimbang yang dipercayai digunakan suspek untuk aktiviti mengedar dadah,” katanya sambil menambah, rampasan ganja tersebut ialah seberat 144.9 gram dengan anggaran nilai pasaran RM1,500.

Susulan itu katanya, kes akan disiasat di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan suspek direman sehingga 6 April untuk membantu siasatan.

Tangkapan dibuat pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) diketuai Inspektor Nixon Malang, JSJ Narkotik dan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti (JPJKK).

 ??  ?? RAMPASAN: Zulkipli (dua kiri) dan para pegawai kanan polis Bintulu menunjukka­n alat penimbang, ganja dan barangan yang dirampas daripada suspek.
RAMPASAN: Zulkipli (dua kiri) dan para pegawai kanan polis Bintulu menunjukka­n alat penimbang, ganja dan barangan yang dirampas daripada suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia