Utusan Borneo (Sarawak)

EMPAT PEROMPAK TUMPAS

Polis berjaya pintas kereta suspek yang cuba merempuh sekatan selepas aksi kejar-mengejar.

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Tindakan cekap anggota polis berjaya menahan empat perompak bersenjata selepas aksi kejar-mengejar dengan anggota cawangan kereta peronda polis (MPV) dari Jalan Ang Cheng Ho hingga ke Petra Jaya, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah ACP Ng Ah Lek yang mengesahka­n kejadian tersebut memberitah­u, keempat-empat lelaki terbabit yang berusia antara 20 dan 23 tahun berjaya ditahan di pembahagi Jalan Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yakub sekitar jam 3.45 pagi.

“Sekitar jam 3 pagi, kenderaan yang dinaiki suspek berjaya dikesan dan berlaku kejar-mengejar dengan pihak MPV selama tempoh kurang satu jam.

“Pihak polis berjaya menahan kenderaan dan menangkap empat lelaki Melayu ketika cuba merempuh sekatan jalan raya yang dibuat oleh anggota dari Balai Polis Gita sebaik maklumat berhubung kejadian diterima,” katanya.

Ng berkata demikian dalam satu kenyataan media berhubung kejayaan tersebut, semalam.

Menurutnya lagi, turut dijumpai di dalam kenderaan suspek ialah beberapa senjata tajam dan topeng serta barang-barang kepunyaan mangsa yang dirompak kumpulan terbabit.

Kes disiasat di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan atas kesalahan merompak berkumpula­n tanpa senjata api dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Difahamkan, kejadian rompakan dilaporkan berlaku sekitar jam 2.55 pagi di tempat letak kereta berdekatan sebuah pusat hiburan di Jalan Padungan di sini.

“Keempat-empat suspek yang bertopeng bertindak menyamun seorang wanita berusia 48 tahun yang sedang berada di dalam kereta seorang diri semasa menunggu rakanrakan­nya.

“Suspek bertindak memecahkan cermin kereta mangsa dengan senjata tajam menyebabka­n wanita terbabit mengalami kecederaan akibat terkena serpihan kaca.

“Sebelum beredar suspek sempat mengambil dan melarikan barang peribadi mangsa,” kata Ng.

Mangsa bagaimanap­un berjaya menyelamat­kan diri dan terus menghubung­i talian kecemasan untuk memaklumka­n mengenai kejadian tersebut membolehka­n pihak polis menjejaki kenderaan yang dinaiki suspek beberapa minit kemudian.

 ??  ?? DITAHAN: Kereta yang dinaiki suspek berjaya dipintas anggota polis selepas cuba merempuh sekatan yang dibuat.
DITAHAN: Kereta yang dinaiki suspek berjaya dipintas anggota polis selepas cuba merempuh sekatan yang dibuat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia