Utusan Borneo (Sarawak)

KPDNKK RAMPAS KASUT DIPERCAYAI TIRUAN PADA KARNIVAL

-

KUCHING: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Sarawak merampas kasut pelbagai jenama terkenal dipercayai tiruan bernilai RM8,400 dalam satu serbuan pada satu karnival di sini, semalam.

Timbalan Pengarah KPDNKK Sarawak Abdul Hafidz Abdul Rahim berkata, operasi sekitar jam 3 petang semalam dilakukan selepas menerima aduan daripada orang ramai.

“Hasil serbuan yang dilakukan, kita telah menyita sebanyak 168 pasang kasut pelbagai jenama, dipercayai tiruan dengan nilai rampasan berjumlah RM8,400,” katanya ketika ditemui media selepas operasi tersebut.

Abdul Hafidz memberitah­u, peniaga berdepan denda maksimum sebanyak RM10,000 untuk setiap pasang kasut atau tiga tahun penjara atau keduaduany­a sekali jika didapati bersalah menjual barang tiruan.

“Manakala untuk syarikat perbadanan, mereka boleh didenda maksimum RM15,000 bagi setiap pasang kasut untuk kesalahan pertama dan kesalahan kedua sebanyak RM35,000 untuk setiap satu pasang.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 8 (2) (b) Akta Perihal Dagangan 2011,” katanya sambill menambah pihaknya akan membawa kes itu ke mahkamah.

Sehubungan itu, Abdul Hafidz menasihatk­an mana-mana pihak yang ingin menganjurk­an sesuatu aktiviti atau karnival jualan agar mendapatka­n nasihat daripada kementeria­n terlebih dahulu untuk mengelak peserta karnival daripada menjual barangan disyaki tiruan.

“Sebab ini (menjual barangan tiruan) akan mencemarka­n imej Sarawak dan Malaysia kerana terdapat undangunda­ng yang tidak membenarka­n sesiapa membekal dan menawarkan barangan yang menggunaka­n perihal dagangan orang lain.

“Sementara pihak penganjur turut akan diambil tindakan,” katanya.

 ??  ?? RAMPAS: Dua anggota KPDNKK Sarawak memunggah kasut dipercayai tiruan yang dirampas ke dalam lori, semalam.
RAMPAS: Dua anggota KPDNKK Sarawak memunggah kasut dipercayai tiruan yang dirampas ke dalam lori, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia