Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki parah kemalangan meninggal dunia di HUS

Mangsa cedera di dada, muka selepas kereta dipandunya dipercayai hilang kawalan lalu langgar pokok

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Cubaan untuk menyelamat­kan seorang lelaki yang parah selepas terlibat kemalangan di Jalan Demak di sini tidak berjaya apabila dia disahkan meninggal dunia di Unit Kecemasan Hospital Umum Sarawak (HUS), semalam.

Mangsa ialah Kuan Kuek Hui berusia 34 thun dan berasal dari Jalan Kereta Api, Sungai Maong.

Ketua Jabatan Siasatan

Apabila tiba di Jalan Demak iaitu berhampira­n SMK Tun Abang Haji Openg, kereta yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu melanggar pokok di bahu kiri jalan.

dan Penguatkua­saan Trafik ( JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen ( IPK) Sarawak Superinten­den Alexson Naga Chabu berkata, mangsa semasa kejadian memandu kereta seorang diri apabila dipercayai hilang kawalan lalu merempuh sebatang pokok iaitu sekitar jam 4.50 pagi.

“Mangsa memandu kereta dari arah Jalan Diplomatik menuju ke arah Bulatan Gersik.

“Apabila tiba di Jalan Demak iaitu berhampira­n SMK Tun Abang Haji Openg, kereta yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu melanggar pokok di bahu kiri jalan.

“Akibat kemalangan tersebut mangsa mengalami kecederaan di bahagian dada serta muka dan dikejarkan ke HUS untuk mendapatka­n rawatan lanjut.

“Mangsa bagaimanap­un disahkan meninggal dunia pada jam 6.15 pagi ( semalam),” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Siasatan lanjut pihak polis berhubung kejadian tersebut masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Superinten­den Alexson Naga Chabu Ketua JSPT IPK Sarawak

 ??  ?? REMUK: Keadaan kereta mangsa selepas kemalangan tersebut.
REMUK: Keadaan kereta mangsa selepas kemalangan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia