Utusan Borneo (Sarawak)

Penyertaan pada karnival lebih berkesan untuk menyampaik­an maklumat produk kepada pelanggan secara bersemuka

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Penyertaan dalam Karnival Online Networking Entreprene­urs (ONE) Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) menjadi platform kepada usahawan dalam memperluas­kan rangkaian kerjasama di antara satu sama lain.

Malah, penyertaan pada karnival itu juga ternyata lebih berkesan untuk menyampaik­an butiran atau maklumat mengenai produk masing-masing kepada pelanggan secara bersemuka.

Usahawan tempatan, Maria Pandi iaitu pemilik Maria Persona Beauty Herbs berkata beliau sering menyertai ekspo atau pameran untuk memperkena­lkan dengan jelas produk jualannya.

“Saya memang kerap menyertai ekspo atau pameran seperti karnival ini kerana amat senang bagi saya menjelaska­n lagi tentang produk saya kepada pelanggan.

“Tambahan dengan turun padang sebegini kita dapat bersemuka dengan pelanggan yang saya percaya memberi

Saya memang kerap menyertai ekspo atau pameran seperti karnival ini kerana amat senang bagi saya menjelaska­n lagi tentang produk saya kepada pelanggan. Maria Pandi Pemilik Maria Persona Beauty Herbs

lebih keyakinan mereka terhadap produk kita,” ujarnya ketika ditemui Utusan Borneo pada Karnival ONE SSM di CityONE Megamall di sini, semalam.

Bagi anak jati tempatan itu, dia sanggup mengeluark­an belanja sendiri untuk turun padang menyertai program keusahawan­an sehingga ke Brunei dan Singapura, sekali gus mewujudkan rangkaian kerjasama serta merekrut ejen di sana.

“Kalau perniagaan ke luar negara seperti Singapura dan Brunei ini pastinya agak sukar dari segi pos, tetapi memandangk­an saya telah mempunyai rangkaian kerjasama di sana, saya sudah mempunyai ejen di kedua-dua tempat,” katanya sambil menambah di Sarawak ejen-ejen Maria Persona Beauty Herbs juga boleh didapati di Kuching, Miri dan Bintulu.

Maria yang mengeluark­an produk berasaskan kayu manis seperti balsam, set herba resdung, sabun, syampu, wangian dan sebagainya bakal mempelbaga­ikan produk berasaskan kayu manis kepada teh dan jus.

Katanya, meskipun selalu turun padang dan menyertai karnival, beliau turut menumpukan jualan dalam talian melalui promosi laman sosial miliknya, yang memperkemb­angkan perniagaan­nya ke pasaran luar Sarawak.

Sementara itu, seorang usahawan dari Melaka, Siti Zaleha Mohd, 42, ketika ditemui berkata, penyertaan Karnival ONE di Kuching membolehka­nnya memperkemb­angkan perniagaan dengan mencari stokis atau ejen di negeri ini.

Siti Zaleha yang menjual produk dinamakan CT Manja Bidara iaitu ramuan terapi diri dan produk berasaskan daun bidara kini telah mempunyai 13 jenis produk.

“Dari segi ejen itu memang sudah ada di kebanyakka­n negeri di semenanjun­g Malaysia dan melalui Karnival anjuran SSM ini saya mencari untuk ejen di Sarawak.

“Saya berasakan melalui karnival ONE SSM ini saya dapat turun padang dan paling penting saya dapat menjelaska­n secara bersemuka kepada pelanggan mengenai produk ini,” katanya sambil memberitah­u telah memulakan perniagaan produknya sendiri sejak tahun lepas.

Katanya, pengalaman bermula dengan menjual atau stokis kepada produk lain menjadi insipirasi kepada dirinya berniaga sendiri, iaitu CT Manja Bidara sejak tahun lepas.

“Namun, saya mengakui mempromosi­kan produk dalam talian turut memperkemb­angkan produk saya,” katanya sambil memberitah­u dia mempunyai media sosial seperti Facebook dan Instagram bagi mempromosi­kan produknya.

Antara produk berasaskan bidara yang dijual beliau ialah minyak aromaterap­i, pati aura bidara, balsam bidara, mandian bidara dan Argan, sabun bidara, bidara resdung, balsam bidara limau purut dan banyak lagi.

Bagi mereka yang mahu mengenali lebih lanjut mengenai produk-produk yang dijual boleh melayari laman sosialnya di CT Manja Bidara (Facebook) atau ctmanjabid­ara (Instagram) atau menghubung­inya menerusi talian 019-6886483.

 ??  ?? KE SARAWAK: Siti Zaleha (kanan) menunjukka­n produknya yang berasaskan daun bidara yang kini mencari rangkaian kerjasama di negeri ini.
KE SARAWAK: Siti Zaleha (kanan) menunjukka­n produknya yang berasaskan daun bidara yang kini mencari rangkaian kerjasama di negeri ini.
 ??  ?? PRODUK TEMPATAN: Maria menunjukka­n produknya yang berasaskan kayu manis yang turut dipamerkan sempena Karnival ONE SSM.
PRODUK TEMPATAN: Maria menunjukka­n produknya yang berasaskan kayu manis yang turut dipamerkan sempena Karnival ONE SSM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia