Utusan Borneo (Sarawak)

LRT pacu Sarawak capai status negeri maju menjelang 2030

-

SADONG JAYA: Projek Transit Aliran Ringan (LRT) bakal memberi nafas baharu kepada Sarawak dalam usaha mencapai status negeri maju menjelang 2030.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri percaya, projek itu kelak bakal mengubah landskap pembanguna­n di negeri ini terutamany­a di bandar raya Kuching.

Malah tegasnya, inisiatif kerajaan negeri dapat memperkasa­kan sistem pengangkut­an di Sarawak, selain mengurangk­an kesesakan trafik di ibu negeri.

“LRT merupakan projek di bawah kerajaan negeri, saya mengucapka­n tahniah kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg kerana menjadi negeri pertama dari luar ibu negara melaksanak­an projek LRT ini.

“Saya amat gembira kerana dapat melihat sendiri bagaimana negeri kita melonjak maju ke hadapan dan ini menjadi satu kebanggaan dan nafas baharu kepada kita semua,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut semasa ditemui pemberita selepas majlis Program Jalinan Kasih Bersama Pemimpin bertemakan ‘Komuniti Sihat, Komuniti Hebat’ di Dewan Serbaguna Sadong Jaya di sini, semalam.

Nancy yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong turut memuji usaha Ketua Menteri dalam mentransfo­rmasikan negeri.

“Untuk menjadi seorang pemimpin perlu mempunyai pandangan jauh dan saya melihat ciri-ciri ini ada pada Ketua Menteri kita (Abang Johari) yang mengambil pelbagai inisiatif untuk memajukan Sarawak.

“Antara lain, Ekonomi Digital, Sarawak Pay dan banyak lagi. Saya berharap dapat melihat lebih banyak lagi projek pembanguna­n sebegini untuk mengimbang­i kemajuan yang kita hadapi pada masa kini dan akan datang,” ujarnya.

Kelmarin, Abang Johari mengumumka­n tiga laluan utama sistem LRT akan mula dibina di Kuching pada tahun hadapan dan dijadualka­n beroperasi pada 2024 yang menelan kos hampir RM11 bilion.

Tiga laluan itu, Laluan Muara Tuang-Kuching, Laluan Serian-Senari dan Laluan Bandar Raya Kuching.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Fazzrudin Abdul Rahman turut menyambut baik pengumuman Ketua Menteri itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Tupong itu memberitah­u, ia selari dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Sarawak negeri berpendapa­tan tinggi menjelang 2030.

“Dengan adanya perhentian-perhentian LRT, maka dengan sendirinya ia akan berkembang dari segi perniagaan, kediaman dan perkhidmat­an awam di kawasan tersebut.

“Ini akan membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada golongan belia bukan sahaja dalam bandar malahan belia luar bandar, khasnya dari segi pekerjaan dan perniagaan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau memberitah­u, pengumuman itu juga membuktika­n bahawa Ketua Menteri komited untuk mentransfo­rmasikan Sarawak ke arah Revolusi Industri 4.0.

“Pemuda amat menyokong usaha ini kerana ia ternyata menyediaka­n platform untuk kehidupan yang sejahtera bagi generasi milenia dan muda sekarang,” tegasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia