Utusan Borneo (Sarawak)

Bermula hanya RM5, Priscilla kini jana RM10,000 sebulan berniaga dalam talian

-

KUCHING: Dengan hanya RM5 sebagai modal memulakan perniagaan sendiri, siapa sangka usahawan Priscilla Michael kini mampu menjana pendapatan sehingga RM10,000 sebulan melalui perniagaan dalam talian.

Wanita berusia 36 tahun itu melibatkan diri dalam bidang pembuatan manik seperti gelang, rantai, pakaian tradisiona­l Bidayuh dan sebagainya sejak 2015.

Namun, kini beliau telah berjaya memasarkan produknya hingga ke luar negara termasuk Kanada, Amerika Syarikat, Brunei dan Jepun.

Beliau mengakui perniagaan dalam talian selama 24 jam banyak membantuny­a memperkemb­angkan perniagaan dan tidak terhad di Sarawak sahaja.

“Sebelum saya berniaga sendiri, saya bekerja dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tetapi saya mula berjinak-jinak dalam perniagaan sendiri pada 2015.

“Pada mulanya saya hanya membuat cekak rambut dengan hanya bermodalka­n RM5, yang saya jualkan kepada rakanrakan terdekat.

“Namun, selepas itu ada di antara mereka menasihatk­an saya untuk menjualnya dalam talian dan membuka laman media sosial sendiri. Dari situ, bermulalah saya membuat promosi dalam talian,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Karnival Online Networking Entreprene­urs ( ONE) Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) di CityONE Megamall di sini, semalam.

Priscilla berkata, ada di antara tempahan produk manik yang dibuatnya adalah eksklusif, termasuk kasut motif pua kumbu sulam dengan harga RM6,000.

“Produk-produk yang saya jual berharga antara RM3 dan RM6,000, iaitu bergantung kepada permintaan pelanggan. Bagi produk eksklusif, saya tidak akan pamerkan kerana ia khas untuk pelanggan tertentu.

“Ini terutama pada musim perayaan di mana saya menerima banyak permintaan,” katanya yang kini mula membantu serta memberi latihan kepada penduduk kampung dalam membantu mempromosi­kan produk kraf tangan Sarawak.

Katanya, dia membantu wanita di kampung yang membuat kraf tangan dengan mempromosi serta membuat pemasaran kepada mereka melalui media sosial dan dalam talian.

Priscilla berkata, memandangk­an beliau sudah mempunyai platform yang kukuh iaitu P.M.Y Collection­s di Serian, beliau akan berusaha membantu usahawan baharu dalam memasarkan produk mereka.

“Pada saya yang penting mereka dapat berniaga dalam talian untuk menambah pendapatan masing-masing berbanding tidak memanfaatk­an media sosial yang ada,” katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada kerajaan melalui Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan (MEID) kerana memberi geran untuk peralatann­ya.

“Selepas saya menyertai Karnival ONE SSM pada 2015, saya telah dibantu dengan geran daripada MIED untuk peralatan,” katanya.

 ??  ?? MENARIK: Priscilla menunjukka­n rantai manik yang dibuat bersama rakan-rakannya yang lain untuk dipromosi pada Karnival ONE SSM di Kuching.
MENARIK: Priscilla menunjukka­n rantai manik yang dibuat bersama rakan-rakannya yang lain untuk dipromosi pada Karnival ONE SSM di Kuching.
 ??  ?? PELBAGAI: Antara kraf tangan berasaskan manik yang dipamerkan di P.M.Y Collection daripada Priscilla dan rakannya yang lain.
PELBAGAI: Antara kraf tangan berasaskan manik yang dipamerkan di P.M.Y Collection daripada Priscilla dan rakannya yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia