Utusan Borneo (Sarawak)

Gerawat galak bekas guru besar dan pengetua terus memainkan peranan kepimpinan di rumah panjang, kampung

- Oleh Steve Annuar

MIRI: Guru besar dan pengetua yang telah bersara diminta terus menabur bakti sebagai pemimpin masyarakat di kampung halaman masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu Dato Gerawat Gala berkata, pengalaman memimpin sekolah melayakkan mereka untuk menjawat jawatan penting itu.

“Saya menemui ramai guru besar dan pengetua telah menjadi ketua kaum dan ketua masyarakat setelah bersara.

“Oleh itu saya menggalak mereka untuk terus memainkan peranan kepimpinan di rumah panjang dan kampung masing-masing iaitu kawasan yang amat memerlukan sumbangan mereka,” ujarnya pada majlis jamuan Jalinan Mesra Kalungan Budi anjuran Majlis Guru Besar (MGB) Daerah Baram malam kelmarin.

Gerawat berkata, setelah

Oleh itu saya menggalak mereka untuk terus memainkan peranan kepimpinan di rumah panjang dan kampung masing-masing iaitu kawasan yang amat memerlukan sumbangan mereka.

bersara, mereka adalah kehilangan besar dalam profesion tetapi akan menjadi keperluan penting kepada masyarakat di kawasan asal.

Mengulas tentang peranan guru besar dan pengetua, berbanding guru, mereka dinilai dari aspek kepimpinan dan keupayaan meningkat prestasi sekolah dan pelajar.

Beliau memberitah­u, kajian dan pengalaman membuktika­n antara faktor kejayaan sesebuah sekolah adalah peranan dan kualiti kepimpinan guru besar dan pengetua.

“Guru besar dan pengetua yang bijak merancang dan memimpin pasukan guru, kakitangan sekolah, pelajar dan menggalak kerjasama ibu bapa sudah pasti akan membentuk sebuah sekolah yang cemerlang, “jelasnya.

Selain itu, mereka harus berani dan menetapkan sasaran tinggi untuk sekolah.

Gerawat memuji semangat tinggi mereka berkhidmat di sekolah-sekolah pedalaman di Baram yang pastinya sukar kerana serba kekurangan.

“Anda melalui jalan balak yang jauh, menaiki perahu panjang, ketiadaan dan terhad talian komunikasi, keadaan bentuk muka bumi serta kekurangan kemudahan di sekolah.

“Tetapi semua ini tidak menghalang anda untuk berkhidmat sebaik mungkin. Saya amat menghormat­i dan menghargai dedikasi dan pengorbana­n anda ini,” katanya.

Beliau mengucap tahniah kepada barisan exco baharu MGB Baram dipimpin Samuel Iwat yang kekal sebagai pengerusi untuk penggal ketiga.

“Persatuan anda adalah landasan yang baik untuk semua ahli bekerja sebagai satu pasukan, belajar daripada satu sama lain dan menggalak satu sama lain untuk meningkatk­an prestasi sekolah dan pelajar di Baram, “jelasnya.

Pada majlis itu, Gerawat mengumumka­n sumbangan geran RM10,000 untuk Persatuan Pengetua Baram dan RM30,000 untuk MGB Baram.

Majlis itu turut meraikan empat guru besar yang bersara dan empat guru besar yang bertukar tugas dari Baram.

Dato Gerawat Gala ADUN Mulu

 ??  ?? JASA DIHARGAI: Gerawat (tiga kanan) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada bekas Guru Besar SK Batu Bungan, James Wing disaksikan ADUN Telang Usan, Dennis Ngau (dua kiri).
JASA DIHARGAI: Gerawat (tiga kanan) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada bekas Guru Besar SK Batu Bungan, James Wing disaksikan ADUN Telang Usan, Dennis Ngau (dua kiri).
 ??  ?? LAWATAN: Sebastian (tengah) dan Adam (kanan) mendapatka­n penerangan mengenai produk ditawarkan.
LAWATAN: Sebastian (tengah) dan Adam (kanan) mendapatka­n penerangan mengenai produk ditawarkan.
 ??  ?? RASMI: Sebastian (depan) dan Adam (belakang kiri) menurunkan tandatanga­n sebagai tanda merasmikan ekspo berkenaan.
RASMI: Sebastian (depan) dan Adam (belakang kiri) menurunkan tandatanga­n sebagai tanda merasmikan ekspo berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia