Utusan Borneo (Sarawak)

Kelab Lions Kapit anjur majlis makan malam sambut Roland

-

KAPIT: Kelab Lions Kapit menganjurk­an majlis makan malam untuk menyambut kedatangan calon Naib Gabenor Daerah II Kelab Lions Antarabang­sa Daerah 308-A2 bagi sesi 2018- 2019, Roland Chieng.

Majlis makan malam di sebuah restoran di sini malam kelmarin memperkena­lkan Roland mewakili Kelab Lions Sibu Mandarin.

Roland, 55, akauntan bertauliah, menyertai Kelab Lions Sibu Mandarin sejak 14 tahun lalu.

Beliau memegang jawatan sebagai ahli lembaga pengarah, presiden kelab, pengerusi zon dan rakan kongsi pengerakan Melvin Zone.

Roland dipilih sebulat suara oleh Kelab Lions Sibu Mandarin sebagai calon Naib Gabenor Daerah II Kelab Lions Antarabang­sa Daerah 308-A2 bagi sesi 2018-2019.

Presiden Kelab Lions Sibu Mandarin, Thomas Tong yang memperkena­lkan Roland menyifatka­n beliau sebagai seorang pemimpin berdedikas­i dan berkaliber sepanjang menyertai Kelab Lions Sibu Mandarin.

“Beliau (Roland) adalah pemimpin yang harus dicontohi dan telah bersama Kelab Lions Sibu Mandarin selama 14 tahun. Beliau sentiasa bermurah hati menyumbang kepada kelab terutama dalam pengurusan kewangan kelab,” katanya.

Dalam ucapan kempennya, Roland mengucapka­n terima kasih kepada Kelab Lions Sibu Mandarin yang sentiasa memberi sokongan kepadanya.

“Ia adalah keistimewa­an dicalonkan sebagai calon Naib Gabenor Daerah II Kelab Lions Antarabang­sa Daerah 308-A2 bagi sesi 2018-2019.

“Saya menerima pencalonan ini kerana misi Kelab Lions Antarabang­sa untuk berkhidmat kepada masyarakat yang memerlukan bantuan,” jelasnya.

Kempen dilakukan untuk mendapatka­n undian pada sesi pengundian Konvensyen Lions Antarabang­sa 2018 di Singapura pada 27 hingga 30 April ini.

Oleh itu, Roland berharap ahli-ahli kelab dapat memberi peluang kepadanya membuktika­n kebolehan memegang jawatan tersebut.

“Sebagai akauntan bertauliah dan juruaudit, saya mempunyai latar belakang pengurusan kewangan yang baik untuk dikongsi dengan kelab lions di daerah ini.

“Saya berharap dapat bekerja dengan semua orang sebagai satu pasukan dan berkongsi kemahiran kepimpinan. Saya percaya seorang pemimpin yang baik dapat memimpin kelab dengan kemahiran dan pengalaman untuk mencapai tahap lebih tinggi,” katanya.

Hadir sama Presiden Kelab Lions Kapit Ting Bee Eng, ahli Kelab Lions Kapit Chieng Sie Kong, Datuk Yong Hua Sying, Dr Sia Tih Kong, Kaunselor Jenny Yii, Evelyn Biju, Stanley Ling, Sng Geok Yien, Ngu Mei Mei, Tommy Wong, Ling Kok Hua, Ngu Kong Siong, Anna Chan dan Ting King Yiing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia