Utusan Borneo (Sarawak)

Jom rebut tawaran ekspo rumah dan barangan ‘ILUVHome Miri’

-

MIRI: Penduduk Miri tidak melepaskan peluang merebut pelbagai tawaran menarik pada ekspo rumah dan barangan ‘ILUVHome Miri’ di Stadium Tertutup, di sini.

Ekspo selama empat hari bermula 29 Mac itu dianjurkan oleh Ivision Group.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting merupakan tetamu kehormat yang hadir merasmikan ekspo berkenaan semalam.

Turut hadir Datuk Bandar Miri Adam Yii dan Pengarah Urusan Ivision Group Lee Kok Seng.

Bertemakan ‘ Design to Inspiratio­n’, pengunjung berpeluang mencari pelbagai barangan rumah, dekorasi serta barangan elektrik selain pameran jualan rumah di Miri, Bintulu dan Kuala Lumpur.

Sementara itu, menurut Lee, sebanyak 90 ruang pameran daripada 40 pempamer terlibat dalam ekspo kali ini di mana 30 peratus produk yang dipamer adalah dari Semenanjun­g Malaysia dan selebihnya dari Miri.

Pengunjung yang membeli barangan berjumlah RM500 dalam satu resit atau resit campuran pada hari yang sama berpeluang menyertai cabutan bertuah.

Tambahnya, sebanyak 30 hadiah ditawarkan pada cabutan bertuah terdiri barangan elektrik dan elektronik, barangan kelengkapa­n rumah dan kelengkapa­n bilik tidur.

Cabutan bertuah akan diadakan pada esok, 1 April jam 9 malam.

Antara tarikan yang ditawarkan pada ekspo berkenaan hari ini ialah kemunculan khas karakter adiwira daripada The Avengers seperti Incredible Hulk, Thor, Spider- Man dan Captain America.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia