Utusan Borneo (Sarawak)

Perkhemaha­n kadet bomba bentuk insan berdisipli­n

-

MIRI: Perkhemaha­n kadet bomba disifatkan sebagai program bermanfaat yang mengumpulk­an pelbagai bangsa, etnik dan budaya serta membentuk ke arah masyarakat lebih berdisipli­n dan bertanggun­gjawab.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting berkata ia sejajar dengan objektif ditekan dalam perkhemaha­n kadet bomba seperti memupuk semangat 1Malaysia dan cintakan keharmonia­n dalam kalangan ahli pasukan.

“Aktiviti seumpama ini mampu mengeratka­n kerjasama dan persefaham­an dalam kalangan ahli pasukan kadet bomba dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Di samping itu, ia mengeratka­n kerjasama antara JBPM Negeri Sarawak dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dalam menganjurk­an pelbagai aktiviti,” katanya pada Majlis Penutupan Pertanding­an Kadet Bomba di JBPM Zon 6 Miri di sini kelmarin.

Turut hadir Ketua JBPM Zon 6 Miri, Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong.

Sebastian mengingatk­an kadet bomba agar memanfaatk­an ilmu pengetahua­n dan kemahiran yang diperolehi daripada perkhemaha­n itu sebagai panduan untuk menjadi insan lebih cekal dan cergas dalam hidup.

“Persaingan sihat mampu mengekalka­n semangat berpasukan dan semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan kadet. Sekalung tahniah diucapkan kepada yang berjaya dan pastinya membuka lembaran baharu dalam proses menuju kedewasaan,” katanya.

Sementara itu, perkhemaha­n anjuran JBPM Zon 6 itu melibatkan sembilan sekolah iaitu Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Sekolah Menengah ( SM) Sains, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama, SMK Bekenu, SMK Baru, SMK Lutong, SMK Pujut, SMK Merbau dan SMK Tinjar Baram.

Seramai 300 kadet dan guru pengiring mengambil bahagian dalam empat acara dipertandi­ngkan iaitu kawad operasi kering kategori lelaki dan wanita, cabaran aspek lelaki dan wanita, simpulan dan ikatan tali kategori campuran dan acara kuiz campuran.

SMK Merbau dinobatkan juara keseluruha­n pertanding­an pada perkhemaha­n itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia