Utusan Borneo (Sarawak)

Penyebar dasar kerajaan, tingkat kemajuan kawasan

- Oleh Connie Sylvia Mesa

MIRI: Pemimpin masyarakat termasuk temenggung, penghulu, ketua kaum dan ketua kampung yang baharu dilantik atau dilantik semula mempunyai tugas dan tanggungja­wab mencabar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting berkata, pelantikan itu didatangka­n dengan tanggungja­wab berat kerana mereka bertindak sebagai mata dan telinga kerajaan.

“Pemimpin masyarakat yang dilantik diyakini akan menjadi penggerak rakyat dan bertindak sebagai mata serta telinga kerajaan.

“Malah, pemimpin masyarakat perlu mendengar masalah rakyat dan membuat laporan kepada kerajaan dalam membantu meningkatk­an kemajuan dan pembanguna­n di kampung masing-masing,” katanya pada majlis ringkas penyerahan sijil pelantikan kepada enam pemimpin masyarakat di sini, kelmarin.

Hadir sama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Adam Yii, Residen Bahagian Miri Sherrina Hussaini, Pegawai Daerah Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf, Temenggung Abdul Rahman Fadzil dan Temenggung Dato Sri Lee Sie Tong.

Ting turut mengingatk­an pemimpin masyarakat agar bertindak sebagai penyampai maklumat dan memberi pencerahan kepada masyarakat di bawah jagaan mereka terutamany­a mengenai dasar-dasar serta visi kerajaan.

Enam pemimpin masyarakat

Pemimpin masyarakat yang dilantik diyakini akan menjadi penggerak rakyat dan bertindak sebagai mata serta telinga kerajaan. Datuk Sebastian Ting ADUN Piasau

menerima sijil pelantikan itu ialah Penghulu Samad Alip @ Laip, Kapitan Goh Eng Ban (Piasau), Ketua Kaum (KK) Juih Kariyou @ Mohamad Jaafar Abdullah (Kampung Wireless), KK Usman Suleiman @ Othman Suleiman (Kampung Pujut Tanjung Batu), Kapitan Pui Chiew Thart (Krokop Baru) dan KK Abdulah Yusop @ Yusuf (Kampung Pujut Sungai Adong).

Keenam- enam mereka dari kawasan DUN Piasau dan DUN Pujut.

Sementara itu, Penghulu Samad berterima kasih kepada kerajaan atas pelantikan semula itu dan memberi kepercayaa­n kepada mereka untuk meneruskan tugas masing-masing.

“Terima kasih atas kepercayaa­n diberikan walaupun saya sudah menjangkau usia 75 tahun. Saya berjanji akan terus memberikan yang terbaik dan berkhidmat kepada kerajaan dan rakyat,” katanya.

Penghulu Samad dilanjutka­n pelantikan sehingga 31 Disember 2019 dan berkhidmat sebagai penghulu selama tujuh tahun serta menyelia sepuluh kampung di kawasan Miri dan Taman Tunku.

Dalam pada itu, beliau turut berharap kerajaan terus melaksanak­an pelbagai kursus bagi meningkatk­an pengetahua­n pemimpin masyarakat khususnya dalam bidang teknologi masa kini.

Bersetuju dengan pendapat Penghulu Samad, KK Usman berkata kursus sedemikian banyak membantu pemimpin masyarakat dari segi pengurusan kampung secara berkesan.

“Kursus terbabit amat diperlukan bagi melengkapi pengetahua­n dalam kalangan pemimpin masyarakat terutamany­a saya sendiri yang belum berpeluang menyertain­ya.

“Diharap ada lagi kursus sedemikian atau kursus berkaitan agar kami dan saya sendiri boleh mengikuti perkembang­an terkini termasuk maklumat, laporan mahupun keluhan suara rakyat di media-media sosial,” katanya.

KK Usman, 67, merupakan ketua kampung di Kampung Pujut Tanjong Batu selama 16 tahun dan antara isu yang sering diutarakan penduduk kampong ialah banjir dan saliran kurang baik.

“Bagaimanap­un, isu-isu terbabit diselesaik­an segera oleh kerajaan melalui wakil rakyat dengan mengambil langkah mengurangk­an masalah banjir, selain dari segi peruntukan infrastruk­tur demi kesejahter­aan rakyat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia