Utusan Borneo (Sarawak)

BBHC bakal jadi destinasi pelanconga­n popular

-

KUCHING: Pusat Warisan Bung Bratak (BBHC) bakal menjadi destinasi pelanconga­n popular bagi pelancong serta pengunjung tempatan dan luar negara sebaik dibuka kepada umum kelak.

Terletak di daerah Bau pada ketinggian 1,000 kaki di Kampung Tembawang, BBHC merupakan inisiatif yang dibangunka­n oleh Persatuan Warisan Bung Bratak (BBHA).

Pengerusi BBHA Dato Peter Minos berkata, kerjakerja pembinaan pusat itu dilaksanak­an oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak menerusi kontraktor yang dilantik.

Kos pembinaan dibiayai sepenuhnya oleh Kementeria­n Pelanconga­n Malaysia dengan peruntukan RM8 juta.

“Kita akan mengadakan majlis prapelanca­ran BBHC pada Ahad ini bermula jam 10 pagi yang akan dihadiri oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Dato Anthony Nogeh Gumbek merangkap Ahli Parlimen Mas Gading.

“Kita berharap BBHC akan menjadi pusat bersejarah Bidayuh yang popular di mana nenek moyang kita dikenang dan dihormati termasuk sebagai lokasi ekopelanco­ngan penting di Sarawak,” katanya.

BBHC mempunyai dua rumah panjang dengan satu daripadany­a bagi tujuan penginapan yang mampu menampung sehingga 100 pengunjung.

Manakala, sebuah lagi rumah panjang akan dijadikan tempat penganjura­n acara seperti seminar atau persidanga­n lengkap dengan pejabat dan muzium mini mengenai budaya dan seni Dayak.

BBHC juga mempunyai sebuah ‘baruk’ yang besar dan dewan makan berserta dapur dan dewan resepsi.

Bung Bratak merupakan penempatan purba masyarakat Bidayuh pada ketinggian 1,000 kaki dan mempunyai hutan dara dan primer, dua air terjun, pemandanga­n gunung yang cantik, mata air, air gunung segar, flora dan fauna, binatang liar dan sebagainya.

Malah menurut Peter, pihak UNESCO mengiktira­f BBHC sebagai yang pertama seumpamany­a di Borneo di mana penempatan purba di atas bukit ditukar kepada pusat pelanconga­n bersejarah.

 ??  ?? PETER
PETER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia