Utusan Borneo (Sarawak)

Langkah efektif diambil wujud perkhidmat­an, program kesihatan untuk komuniti

- Oleh Rusnan Mustafa

SADONG JAYA: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) sentiasa komited menyalurka­n maklumat berkaitan penjagaan kesihatan dalam kalangan masyarakat di negeri ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata, JKNS telah mengambil langkah-langkah yang efektif dengan mewujudkan perkhidmat­an dan program kesihatan demi kesejahter­aan sejagat.

“Pelbagai peranan telah dimainkan oleh pihak kesihatan dalam usaha mempromosi­kan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti setempat.

“Pusat Promosi Kesihatan Komuniti (PPKK) sebagai contoh, merupakan satu tempat yang menyediaka­n perkhidmat­an promosi kesihatan terancang dengan tumpuan terhadap membina pengetahua­n dan kemahiran gaya hidup sihat kepada seluruh komuniti setempat dari peringkat bayi, kanak-kanak, remaja dewasa dan warga emas,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Program Jalinan Kasih Bersama Pemimpin bertemakan ‘Komuniti Sihat, Komuniti Hebat’ di Dewan Serbaguna Sadong Jaya di sini, semalam.

Nancy yang juga Ahli Parli- men Batang Sadong berkata, dengan adanya PPKK, komuniti setempat berpeluang mengakses kemudahan kesihatan dengan lebih mudah.

“Saya ingin mengucapka­n ribuan terima kasih kepada jawatankua­sa penganjur yang berjaya menganjurk­an program ini dengan kerjasama Panel Penasihat Klinik Kesihatan, PPKK, Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu, Communicat­ion For Behavioura­l Impact (COMBI) dan Komuniti Sihat Pembina Negara ( KOSPEN), tambahnya.

Selain itu, beliau memberitah­u pihak Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan juga telah menggunaka­n pendekatan komunikasi yang diambil daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melalui COMBI.

Jelasnya, COMBI merupakan satu pendekatan dinamik yang menggunaka­n strategi mobilisasi sosial dan komunikasi berkesan untuk mempengaru­hi perubahan tingkah laku dalam kalangan individu, keluarga dan komuniti ke arah tingkah laku yang sihat.

Menurutnya, COMBI boleh menggerakk­an pelbagai sektor komuniti untuk menangani isu dalam komuniti terutamany­a denggi.

“Baru-baru ini, kita telah dikejutkan dengan wabak denggi yang menular di sebuah kampung di daerah Asajaya, maka dengan adanya sukarelawa­n COMBI yang dilantik, maka kita berharap masalah kesihatan yang melanda dapat dikawal dengan sebaiknya.

“Adalah penting untuk komuniti dan masyarakat setempat mengambil serius mengenai amalan penjagaan persekitar­an yang bersih agar terhindar dari masalah denggi.

“Luangkan masa 10 minit setiap minggu untuk mencari dan memusnahka­n tempat pembiakan nyamuk aedes dan sentiasa memastikan sampah sarap di buang di tempat yang betul,” katanya.

Malah tegasnya, gotongroyo­ng adalah amat digalakkan sekurang-kurangnya tiga bulan sekali supaya persekitar­an kampung sentiasa bersih dan bebas daripada masalah dan penyakit.

“Semoga majlis ini menjadi pendorong kepada semua yang hadir untuk melipatgan­dakan usaha dan menggerakk­an aktiviti kesihatan dalam kalangan komuniti,” ujarnya.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya Aidel Lariwoo dan tetamu kehormat lain.

 ??  ?? JAGA KESIHATAN: Nancy dan Aidel melakukan pemeriksaa­n kesihatan sempena Program Jalinan Kasih Bersama Pemimpin di Dewan Serbaguna Sadong Jaya, semalam.
JAGA KESIHATAN: Nancy dan Aidel melakukan pemeriksaa­n kesihatan sempena Program Jalinan Kasih Bersama Pemimpin di Dewan Serbaguna Sadong Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia