Utusan Borneo (Sarawak)

Kembara Kebajikan 1Malaysia 2018 singgah di Sadong Jaya

-

SADONG JAYA: Daerah Kecil Sadong Jaya dipilih menjadi lokasi persinggah­an Program Kembara Kebajikan 1Malaysia 2018 dalam siri jelajah di negeri ini yang bermula Khamis lalu di Kuching.

Program itu bertujuan mendekati dan menyampaik­an bantuan kepada golongan memerlukan, khususnya klien Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di negeri ini.

Konvoi Kembara Kebajikan 1Malaysia itu yang diketuai Pengarah JKM Negeri Abang Shamsudin Abamg Seruji, melibatkan 76 sukarelawa­n JKM menjelajah bermula dari Kuching sehingga ke Samarahan, Pusa dan Betong.

Majlis pelepasan konvoi kembara itu disempurna­kan Timbalan Ketua Cawangan PBB Sadong Jaya Abdul Mutalib Julaihi mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya Aidel Lariwoo di pekarangan Masjid Sadong Jaya di sini, semalam.

Turut hadir Pegawai Daerah Asajaya Habari Bakar dan Pemanca Awang Azid Awang Yusuf.

Sepanjang kembara itu, sukarelawa­n JKM akan pergi dari kampung ke kampung untuk memberi perkhidmat­an kepada masyarakat dan komuniti setempat yang memerlukan, terutama mereka yang terlantar sakit dan tinggal di rumah yang daif.

Malah, sukarelawa­n turut mengadakan gotong- royong dan pada masa sama, mendaftark­an mereka yang belum menerima bantuan bulanan daripada JKM.

Kembara itu merupakan inisiatif di bawah Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang bermula di Semenanjun­g Malaysia, sebelum diteruskan di Sabah dan Sarawak adalah destinasi terakhir.

Kembara yang diadakan dua tahun sekali itu, di mana tahun ini memasuki kali ketiga, bertujuan memperkasa­kan kumpulan sasar melalui kepelbagai­an aktiviti dan pendekatan sosial.

Kembara di Sarawak akan berakhir di Pusa dengan penutupan rasminya dijangka disempurna­kan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim, esok.

 ??  ?? SELAMAT BERBAKTI: Abdul Mutalib (tiga kiri) ditemani Habari (dua kiri) dan Awang Azid melepaskan konvoi Kembara Kebajikan 1Malaysia di pekarangan Masjid Sadong Jaya, pagi semalam.
SELAMAT BERBAKTI: Abdul Mutalib (tiga kiri) ditemani Habari (dua kiri) dan Awang Azid melepaskan konvoi Kembara Kebajikan 1Malaysia di pekarangan Masjid Sadong Jaya, pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia