Utusan Borneo (Sarawak)

9 Briged serah 151 buku kepada Perpustaka­an Kem RASCOM

-

SIBU: Briged Kesembilan Infantri Malaysia (9 Briged) mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Buku Perpustaka­an Kem RASCOM 9 Briged bertempat di dewannya di sini, kelmarin.

Majlis itu diilhamkan oleh Panglima 9 Briged Datuk Dzulkafli Mustaffa. Sebanyak 151 buku berjaya dikumpul hasil sumbangan pegawai dan anggota di bawah naungan 9 Briged.

Majlis itu bertujuan sebagai satu medium untuk menyalurka­n bantuan berbentuk buku ilmiah dan bahan bacaan kepada Perpustaka­an Kem RASCOM agar dapat memberi manfaat kepada kecemerlan­gan pendidikan anak- anak warga ATM, kakitangan Kementeria­n Pertahanan dan veteran ATM.

Majlis pembukaan dihiburkan dengan persembaha­n nyanyian oleh kanak- kanak berumur lima dan enam tahun daripada Tadika KEMAS 9 Briged, diikuti gimik perasmian oleh Dzulkafli.

Majlis turut dimeriahka­n dengan penyampaia­n hadiah kepada pemenang pertanding­an mewarna dan Anugerah Nilam (pengunjung perpustaka­an paling aktif bagi anak- anak dan anggota).

Hadir sama Pengerusi BAKAT 9 Briged Datin Norziati Othman, Timbalan Komander Rejimen 510 Askar Wataniah Leftenan Kolonel Zakaria Abdul Rahman, para pegawai pemerintah di bawah naungan 9 Briged serta guru besar dan guru-guru SK Batu 10 dan Tadika KEMAS Kem RASCOM. SIBU: Salah seorang calon berpotensi Parti Rakyat Bersatu Sarawak ( SUPP) bagi kerusi Parlimen Lanang Kaunselor Joseph Chieng turun padang bagi menyelesai­kan masalah komuniti setempat di sini, kelmarin.

Beliau meninjau keadaan SJKC Sung Sang untuk melihat sendiri masalah di sekolah tersebut.

Menurutnya yang juga Ketua Pemuda SUPP Cawangan Bukit Assek, sekolah tersebut adalah antara sekolah Cina yang terletak di kawasan DUN Bukit Assek.

“Selain pergi ke kawasan tempat tinggal komuniti setempat, saya turut pergi ke sekolah juga.

“Ini kerana sekolah adalah sangat penting untuk anak- anak menimba ilmu dan ia wajar diberi keutamaan dari segi pembanguna­n,” katanya kepada pemberita.

Katanya, beliau serta jenteranya akan turut melawat sekolah- sekolah lain di kawasan Lanang dalam usaha menyelesai­kan apa jua kekurangan yang mungkin dihadapi.

Sementara itu, Chieng memberi jaminan bahawa SUPP akan sentiasa mengeratka­n hubungan mereka dengan Lembaga Pengurusan Sekolah SJKC Sung Sang termasuk guru dan ibu bapa.

Semasa di sekolah tersebut, Guru Besarnya Wong Hau Hong turut memberi taklimat serta penerangan kepada Chieng mengenai masalah infrastruk­tur di sekolah itu.

 ??  ?? TERTARIK: Dzulkafli (kiri) melihat pameran buku yang diadakan pada majlis tersebut.
TERTARIK: Dzulkafli (kiri) melihat pameran buku yang diadakan pada majlis tersebut.
 ??  ?? TURUN PADANG: Chieng (kiri) ketika diberi gambaran oleh Wong mengenai masalah SJKC Sung Sang di Sibu, kelmarin.
TURUN PADANG: Chieng (kiri) ketika diberi gambaran oleh Wong mengenai masalah SJKC Sung Sang di Sibu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia