Utusan Borneo (Sarawak)

Bengkel intelek, kemahiran penyelidik­an di UCTS berjaya

Program dapat kerjasama CEPD turut sertai kumpulan pensyarah dari Politeknik Negeri Pontianak, Indonesia

- Oleh Andy Sabang

SIBU: Universiti Kolej Teknologi Sarawak ( UCTS) dan Pusat Pendidikan dan Pembanguna­n Profesiona­l ( CEPD) bekerjasam­a menjayakan bengkel kemahiran penyelidik­an antarabang­sa yang pertama kali dianjurkan di kampusnya di sini, barubaru ini.

UCTS menerusi kenyataan medianya memberitah­u, bengkel itu disertai oleh kumpulan pensyarah Politeknik Negeri Pontianak ( POLNEP), Indonesia.

Sembilan pensyarah bahasa Inggeris yang diketuai Dr Ardi Marwan menghadiri bengkel yang dikendalik­an pensyarah berpengala­man Profesor Madya Dr Lau Hieng Soon.

Ia merupakan program intelek menyeronok­kan yang menyediaka­n platform perkongsia­n pengetahua­n dan kemahiran penyelidik­an melalui penganjura­n aktiviti berasaskan penjelasan, uji minda, perbincang­an, persembaha­n serta sesi soal jawab.

“Kumpulan pensyarah berkenaan yang diketuai Dr Ardi dan lapan yang lain memberitah­u mereka

Kumpulan pensyarah berkenaan yang diketuai Dr Ardi dan lapan yang lain memberitah­u mereka benar-benar menikmati bengkel itu selain mempelajar­i banyak perkara dan berhasrat menghadiri bengkel lain pada masa akan datang di UCTS. Kenyataan UCTS

benar- benar menikmati bengkel itu selain mempelajar­i banyak perkara dan berhasrat menghadiri bengkel lain pada masa akan datang di UCTS,” katanya.

Para peserta turut mengadakan lawatan ke bilik pameran Indeks Bangunan Hijau (GBI) Platinum UCTS yang telah memenangi pelbagai anugerah, selain turut dilengkapi kemudahan terkini dan teknologi canggih.

Kesemua peserta bengkel berkenaan menerima sijil penghargaa­n daripada Naib Canselor UCTS Prof Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid.

“Lebih banyak kerjasama akan dilaksana di antara UCTS dan POLNEP pada masa akan datang,” kata Dr Khairuddin.

Turut hadir pada majlis penyampaia­n sijil ialah Pengarah CEPD Profesor Madya Dr Ramli Rashidi.

 ??  ?? PRIHATIN: Ting (enam kiri) menyerahka­n kunci kereta kepada Sia sambil disaksikan Hii (empat kiri).
PRIHATIN: Ting (enam kiri) menyerahka­n kunci kereta kepada Sia sambil disaksikan Hii (empat kiri).
 ??  ?? TIMBA ILMU: Para peserta Program Seranta PERKESO di Sarikei, kelmarin.
TIMBA ILMU: Para peserta Program Seranta PERKESO di Sarikei, kelmarin.
 ??  ?? SESI ILMU: Dr Lau menyampaik­an ceramah pada bengkel berkenaan baru-baru ini.
SESI ILMU: Dr Lau menyampaik­an ceramah pada bengkel berkenaan baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia