Utusan Borneo (Sarawak)

Persatuan Kanak-Kanak Istimewa terima kereta baharu sumbangan Kelab Lions Sibu Host

-

SIBU: Persatuan KanakKanak Istimewa Sibu menerima kereta baharu sumbangan Kelab Lions Sibu Host, barubaru ini.

Presiden kelab Victor Ting menyerahka­n kereta jenis Perodua Axia itu kepada setiausaha persatuan, Peter Sia di Pusat Agape.

Menurut penyelia Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Pusat Agape Rachel Sandai, van lama yang digunakan sejak 10 tahun lalu telah rosak dan memerlukan kos tinggi bagi membaikiny­a.

“Kami mempunyai dua perjalanan setiap hari iaitu membawa anak- anak dari rumah mereka ke pusat bagi menghadiri kelas dan mengadakan lawatan dari rumah ke rumah setiap Jumaat.

“Van lama sentiasa rosak sehingga terpaksa mendap- atkan bantuan orang lain bagi membantu membawa anakanak ini,” katanya.

Menurut Rachel, kadangkada­ng van tersebut rosak di tengah jalan sekali gus mengundang pelbagai kesulitan kepada kakitangan, kanakkanak serta ibu bapa.

Justeru katanya, beliau berasa sangat lega apabila ada pihak yang sudi menderma kenderaan kepada pusat itu.

Ujar beliau, lawatan dari rumah ke rumah sangat penting kerana terdapat segelintir kanak-kanak tidak dapat hadir ke kelas atau terapi yang diadakan di Pusat Agape.

“Ada di antara mereka hanya terlantar di tempat tidur sahaja. Jadi, tujuan lawatan rumah adalah untuk mengajar ibu bapa tentang cara-cara menjaga anak-anak mereka.

“Kami juga akan memberi bantuan susulan termasuk membawa jururawat ke rumah, “ujar beliau.

Bercakap lanjut Rachel menjelaska­n, ketika ini hanya terdapat satu lawatan ke rumah, manakala pada April ini pihaknya akan menerima satu lagi kes yang memerlukan lawatan ke rumah.

Sementara itu, Kelab Sibu Host turut menyumbang­kan sebuah motosikal baharu kepada seorang ahli Program Pusat Penyelidik­an dan Jagaan Methodist Sibu, Rody John.

Rody tinggal di Sibu Jaya bersama ibu serta kakaknya dan dia berulang-alik ke Pusat Agape untuk bekerja.

Hadir sama pada majlis penyerahan sumbangan tersebut ialah bekas Presiden Kelab Lion Sibu Host Hii Yik Ping.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia