Utusan Borneo (Sarawak)

Najib tidak banyak ‘kerenah’ lulus kewarganeg­araan sah

-

MIRI: Perdana menteri sebelum Datuk Seri Najib Tun Razak amat sukar mahu mempertimb­ang dan meluluskan kewarganeg­araan untuk rakyatnya, walaupun mereka wajar memilikiny­a.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting berkata, berdasarka­n pengalaman beliau sendiri yang pernah berkhidmat dan bertugas di Putrajaya bersama bekas Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar Tan Sri Peter Chin, permohonan untuk mendapatka­n kewarganeg­araan yang sah amat sukar.

Katanya, meskipun mereka yang memohon adalah rakyat yang lahir di negeri ini, namun tidak mempunyai status kewarganeg­araan tanpa sijil lahir dan kad pengenalan yang sah, perkara itu tidak mudah walaupun ada campur tangan wakil rakyat.

“Semasa bertugas bersama Tan Sri Peter Chin di Putrajaya di bawah dua perdana menteri sebelum Najib, saya tahu dan mendapati permohonan mendapatka­n sijil kelahiran dan kelulusan kerakyatan adalah perkara yang amat sukar dilakukan.

“Sebaliknya berbeza pada zaman Najib, kerana beliau lebih bertimbang rasa meluluskan­nya,” ujar Sebastian lagi.

Tambahnya walaupun kelulusan permohonan tersebut akan mengambil masa, namun dengan semua dokumen pengesahan yang ada dan betul, Najib katanya, tidak banyak ‘kerenah’ untuk meluluskan­nya, tidak seperti perdana menteri sebelumnya.

Sebastian memberitah­u, sehingga kini lebih 100 daripada lebih 200 permohonan mendapatka­n dokumen kewarganeg­araan (sijil lahir dan kad pengenalan) yang sah, sudah diluluskan.

“Sementara bakinya (lebih 100 permohonan lagi) masih menunggu semakan dokumen dan kelulusan,” tambahnya.

Beliau memberitah­u demikian kepada pemberita di sini selepas menyerahka­n surat kelulusan kerakyatan kepada Kong Yong Sui, 56, yang memohon untuk kedua-dua anak perempuann­ya yang berusia lapan dan sembilan tahun.

Majlis penyerahan itu dibuat di pejabat SUPP Bahagian Miri di sini, petang kelmarin, sambil disaksikan isterinya Yean Lie yang juga warga Indonesia dan keduadua anak perempuann­ya itu yang dilahirkan di Miri.

Sebastian berkata, Kong membuat permohonan pada 2015 untuk kerakyatan anaknya namun ditolak dan pada 2016 dengan bantuan Sebastian, beliau memohon sekali lagi sehinggala­h ia diluluskan pada Januari lalu.

Menurut Kong, beliau sukar mendapatka­n permohonan sijil kelahiran bagi kedua-dua anak perempuann­ya disebabkan beliau dan isteri tidak mempunyai sijil perkahwina­n yang sah.

“Kami pernah membuat permohonan untuk mendapatka­n sijil kahwin namun disebabkan beberapa masalah teknikal, ia tidak berjaya tetapi selepas membuat permohonan kali kedua (dengan dokumen lebih lengkap), saya berjaya melakukann­ya,” jelas Kong.

Beliau menambah, hanya selepas itu baharu beliau dapat memohon kerakyatan untuk dua anaknya yang tidak mempunyai sijil lahir dan kini belajar di sebuah sekolah rendah di Jalan Riam dekat sini.

“Sehubungan itu, saya amat berterima kasih kepada Datuk Sebastian, yang membantu kami membuat permohonan tersebut untuk kedua-dua anak saya hingga ia berjaya diluluskan dan hari ini kami menerima surat tersebut,” katanya gembira.

 ??  ?? GEMBIRA: Sebastian (kiri) bersama pasangan Kong dan dua anak perempuan mereka yang kini memiliki sijil kelahiran yang sah.
GEMBIRA: Sebastian (kiri) bersama pasangan Kong dan dua anak perempuan mereka yang kini memiliki sijil kelahiran yang sah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia