Utusan Borneo (Sarawak)

GADS janjikan acara lebih meriah sepanjang GDB 2018

-

MIRI: Persatuan Gagasan Anak Dayak Sarawak (GADS) menjanjika­n pelbagai acara yang lebih meriah lagi sepanjang Gawai Dayak Bazaar (GDB) 2018 pada Mei depan.

Pengerusin­ya Vicky Gulin Shandom berkata, GDB 2018 bagi bahagian Miri akan berlangsun­g di pekarangan tempat letak kereta E-mart Riam, mulai 2 hingga 26 Mei.

“Dengan tempoh GDB tahun ini lebih panjang iaitu 25 hari, kami akan menampilka­n lebih banyak lagi acara untuk menarik pengunjung datang ke bazar dan pada masa yang sama mempromosi­kan pelbagai produk dan masakan dengan ciri-ciri masyarakat Dayak,” katanya.

“Pada tahun ini, kita akan membuka 35 gerai iaitu satu gerai untuk satu kanopi dan jumlah ini terpaksa dihadkan kerana ruang yang tidak mengizinka­n.

“Sehubungan itu kita menjemput orang ramai khususnya ahli- ahli GADS yang berminat untuk mengambil bahagian dalam GDB pada tahun ini supaya mendaftar awal dengan urusetia kami bagi mengelak terlepas pel- uang,” jelas beliau lagi.

Menurut beliau, selain pelbagai barangan kraf tangan dan produk pakaian dengan identiti kaum Dayak, pelbagai makanan dan masakan akan turut dijual.

“Mengenai acara yang diadakan sepanjang 25 hari GDB 2018 ini berlangsun­g kelak, kami akan mengadakan sukan rakyat, Pentas Gawai, pertanding­an ngajat untuk dewasa dan kanak- kanak, peraduan mewarna, pertanding­an sape, nyanyian secara solo dan kumpulan serta persembaha­n oleh artis-artis popular Iban,” katanya.

Menurut Vicky, acara ke- muncak GDB pada tahun ini ialah Perarakan Gawai Dayak 2018 yang diadakan sempena majlis penangguha­n GDB dan acara ini kelak akan membabitka­n pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat Dayak di sini.

Sementara itu, untuk tempahan dan penerangan lanjut mengenai gerai jualan, masyarakat Dayak yang berminat boleh menghubung­i Doria Micheal (013-2837582) ataupun Susan Dunya (0138461663).

Dalam pada itu, orang ramai yang mahu mengikuti perkembang­an terkini penganjura­n GDB 2018 dan aktiviti-aktiviti yang diadakan GADS, boleh melawat laman rasmi Facebook persatuan yang menggunaka­n nama akaun Gagasan Anak Dayak Sarawak @GADSARAWAK.

 ??  ?? BERSEDIA: Vicky (duduk, dua kanan), Penasihat GADS, David Upe (duduk, kanan) dan Jetli Jelian (duduk, kiri) bersama ahli-ahli jawatankua­sa GDB Miri 2018.
BERSEDIA: Vicky (duduk, dua kanan), Penasihat GADS, David Upe (duduk, kanan) dan Jetli Jelian (duduk, kiri) bersama ahli-ahli jawatankua­sa GDB Miri 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia