Utusan Borneo (Sarawak)

Sudut E-Perkhidmat­an KWSP permudah ahli dan majikan mengakses maklumat

-

MIRI: Dalam usaha memudahkan ahli serta majikan mengakses maklumat secara lebih pantas dan mudah, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Cawangan Miri telah melancarka­n Sudut E- Perkhidmat­an di sini, petang kelmarin.

Pengurus KWSP Negeri Aminuddin Abdul Aziz berkata, ia merupakan sebahagian daripada usaha KWSP menyediaka­n platform sedemikian bagi memudah dan mempercepa­tkan urusan KWSP.

“Pihak pengurusan atasan sentiasa memberi tumpuan kepada cawangan-cawangan KWSP bagi mengembang­kan lagi perkhidmat­an kami dan Miri adalah salah satu cawangan terpilih bagi pelancaran Sudut E-Perkhidmat­an.

“Pelancaran perkhidmat­an berkenaan turut sejajar dengan perkhidmat­an lain dengan aspirasi negara ke arah ekonomi digital,” jelasnya.

Hadir sama ialah Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri Adam Yii, Ketua Perkhidmat­an KWSP Negeri Chia Swee Choo, Ketua Penguat Kuasa KWSP Negeri Irma Jalil serta pegawai KWSP yang lain.

Aminuddin berkata, KWSP Miri antara cawangan pertama di negeri ini yang mempunyai pasukan bergerak, Khidmat Nasihat Persaraan ( RAS), Pusat Pemproses Serba Guna (MPC) bagi memenuhi keperluan pelanggan.

Terdahulu, Ketua Cawangan KWSP Miri Unyang Deng memberitah­u, seramai 7,600 majikan di Miri menyumbang kepada KWSP dan cawangan terbabit menerima kira-kira 2,000 permohonan pengeluara­n dalam tempoh sebulan.

Jelasnya, dengan adanya perkhidmat­an pasukan bergerak, RAS dan MPC terbabit, ini dapat memastikan perkhidmat­an disampaika­n terus kepada pelanggan berdasarka­n jumlah pelanggan yang tinggi di cawangan Miri.

“Kita juga ingin memaklumka­n kepada orang ramai mengenai perkhidmat­an dalam talian dan simpanan KWSP bagi individu yang bekerja sendiri atau tanpa pendapatan bulanan tetap seperti pemandu Uber atau Grab.

“Selain perkhidmat­an kaunter, pasukan gerakan KWSP juga turun padang ke Marudi, Batu Niah serta lokasi lain bagi membantu pemprosesa­n berkaitan KWSP,” katanya.

Katanya, MPC berfungsi sebagai unit khas untuk memproses pengeluara­n KWSP dan RAS berfungsi untuk membantu ahli mencapai persaraan yang mapan, terutama untuk ahli yang akan bersara dalam tempoh terdekat atau baharu bersara.

“Ahli-ahli KWSP terbabit akan dibantu dan diberi bimbingan bagi membantu mereka mengurus dan meningkatk­an simpanan KWSP masingmasi­ng,” katanya.

Tambah Unyang, setiap majikan dikehendak­i menggunaka­n perkhidmat­an dalam talian memandangk­an cawangan Miri tidak mendapatka­n bayaran daripada majikan melalui cek mulai 1 Julai.

Mereka yang ingin mengetahui lanjut berhubung KWSP, boleh berurusan terus di cawanganny­a di Jalan Melayu Centre Point atau menghubung­i talian 085-420 086.

 ??  ?? GIMIK: Aminuddin memukul gong sebagai simbolik perasmian Sudut E-Perkhidmat­an di KWSP Cawangan Miri, sambil disaksikan (dari kiri) Chia, Yii dan Unyang serta yang lain di Miri, petang kelmarin.
GIMIK: Aminuddin memukul gong sebagai simbolik perasmian Sudut E-Perkhidmat­an di KWSP Cawangan Miri, sambil disaksikan (dari kiri) Chia, Yii dan Unyang serta yang lain di Miri, petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia