Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia, Indonesia bekerjasam­a lahir pelajar berkemahir­an tinggi

-

KUCHING: Malaysia dan Indonesia menjalin kerjasama untuk melahirkan pelajar berkemahir­an tinggi mengikut keperluan semasa.

Susulan itu, satu majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) antara Kementeria­n Pendidikan Malaysia, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) diwakili Kolej Vokasional Matang dengan Politeknik Negeri Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia.

Pengarah Kolej Vokasional Matang Mohammad Sahran Amin berkata, perjanjian itu membabitka­n perkongsia­n beberapa perkara bertujuan membantu kerajaan melahirkan tenaga kerja mahir dan profesiona­l dalam bidang kemahiran vokasional.

“Terdapat enam perkara yang dipersetuj­ui termasuk program pertukaran pelajar, program pertukaran kakitangan akademik, program penyelidik­an bersama, program latihan kemahiran yang merangkumi pelbagai bidang, pensijilan kemahiran dan mana-mana bidang kerjasama lain yang akan dipersetuj­ui kedua-dua pihak dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Menandatan­gani MoU antara Politeknik Negeri Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia di Indonesia baru-baru ini.

Mengulas lanjut tentang perkara yang dipersetuj­ui itu, Mohammad Sahran berkata, program pertukaran pelajar yang dimaksudka­n adalah dengan mengambil satu bentuk pemindahan kredit di mana pelajar daripada keduadua pihak dapat menghadiri kursus yang ditawarkan masing-masing.

Bagi program pertukaran kakitangan akademik pula katanya, program itu bertujuan memberi galakan kepada kakitangan daripada kedua-dua pihak agar dapat dimanfaatk­an bersama.

“Setiap pihak akan menerima kakitangan akademik daripada agensi lain dan susunan sesuai akan dibuat berhubung pertukaran kakitangan akademik mereka sama ada dalam bidang pengajaran, penyelidik­an atau aktiviti akademik lain,” katanya.

Sementara untuk program penyelidik­an bersama, kata Mohammad Sahran, keduadua pihak berkenaan akan mencari peluang untuk bekerjasam­a dalam penyelidik­an.

“Butiran cadangan penyelidik­an khusus akan ditentukan oleh persetujua­n bersama jabatan-jabatan yang berkaitan dengan kedua-dua pihak. Bentuk kerjasama mungkin berbeza dengan matlamat setiap projek,” katanya.

Manakala katanya, program latihan kemahiran yang merangkumi pelbagai bidang yang dimaksudka­n menerusi persetujua­n antara kedua-dua belah pihak adalah seperti pembuatan, pemesinan, elektrik dan elektronik, mekanikal, automotif, kimpalan, ‘ventalitin­g’, ‘heating’ dan Air Conditioni­ng and Refrigerat­ing.

Terdahulu, majlis MoU itu ditandatan­gani oleh Mohammad Sahran dengan Pengarah Politeknik Negeri Pontianak, Muhammad Toasin Asha sambil disaksikan Penolong Pengarah Agensi Perindustr­ian dan Korporat BPTV Kementeria­n Pendidikan Malaysia, Suraimi Rithwan

 ??  ?? KERJASAMA: Mohammad Sahran (depan, lapan kiri) merakam kenangan setelah menandatan­gani MoU dengan Politeknik Negeri Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia di Indonesia, baru-baru ini.
KERJASAMA: Mohammad Sahran (depan, lapan kiri) merakam kenangan setelah menandatan­gani MoU dengan Politeknik Negeri Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia di Indonesia, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia