Utusan Borneo (Sarawak)

Dipenjara 18 tahun cederakan rakan dengan api

Mangsa dipukul hingga pengsan sebelum tertuduh mencurah minyak petrol ke badan lalu membakarny­a

-

Saya tak tahu apa salah saya dan kenapa saya kena bakar. Saya tak boleh tidur lena...hampir setahun saya tak boleh kena cahaya matahari malah saya pernah cuba bunuh diri. Saya tak boleh bekerja, tak boleh keluar sebab saya alami cacat kekal.

KLANG: Gara-gara sengaja menyebabka­n kecederaan parah terhadap bekas rakan sekerja dengan menggunaka­n api tiga tahun lepas, seorang pembantu restoran dijatuhi hukuman penjara selama 18 tahun oleh Mahkamah Sesyen semalam.

Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid mendapati Muhammad Khairul Anuar Abdullah, 25, bersalah mencederak­an wanita berusia 21 tahun itu selepas pihak pembelaan gagal menimbulka­n sebarang keraguan munasabah pada akhir kes pendakwaan.

Beliau memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman itu mulai semalam.

Sebanyak 12 saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraa­n kes itu.

Muhammad Khairul Anuar dituduh dengan sengaja menyebabka­n kecederaan parah terhadap wanita itu menggunaka­n api di sebuah kebun kelapa sawit, Kampung Seri Aman, Sungai Besar antara jam 11.30 malam pada 27 Sept 2015 dan 12.30 pagi 28 Sept 2015.

Dia dituduh mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntu­k hukuman penjara hingga 20 tahun atau denda atau sebat.

Berdasarka­n fakta kes, tertuduh dikatakan mengenali mangsa kerana pernah bekerja bersama di sebuah butik di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada 2015.

Pada hari kejadian, Muhammad Khairul Anuar berjumpa mangsa di sebuah perhentian bas di Damansara dan memaksa wanita itu masuk ke dalam sebuah kenderaan sebelum memukulnya hingga pengsan.

Lelaki itu kemudian memandu sehingga ke sebuah kebun kelapa sawit di Sungai Besar, Sabak Bernam dan mengheret wanita itu keluar serta mencurah minyak petrol ke badan mangsa lalu membakarny­a.

Susulan itu, wanita berkenaan tersedar lalu terjun ke dalam parit berdekatan untuk memadamkan api yang menjilat tubuhnya sebelum mendapatka­n bantuan di sebuah kampung kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.

Terdahulu dalam prosiding tersebut, mangsa yang hadir bersama keluargany­a dipanggil memberi kenyataan impak kesalahan tertuduh yang dialaminya sebelum mahkamah menjatuhka­n hukuman terhadap lelaki itu.

“Saya tak tahu apa salah saya dan kenapa saya kena bakar. Saya tak boleh tidur lena... hampir setahun saya tak boleh kena cahaya matahari malah saya pernah cuba bunuh diri. Saya tak boleh bekerja, tak boleh keluar sebab saya alami cacat kekal.

“Saya alami trauma bau petrol berbulan-bulan. Saya tak boleh terima apa yang dia dah buat pada saya,” kata mangsa sambil menahan sebak di kandang saksi.

Timbalan Pendakwa Raya Selangor, Mahmoodah Ab Latiff kemudian memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman penjara yang lebih berat terhadap tertuduh supaya menjadi pengajaran kepada masyarakat untuk tidak sewenang-wenangnya melakukan perbuatan seumpama itu.

“Disebabkan perbuatan tertuduh itu, mangsa mengalami luka lecur tahap dua... penggunaan api yang mendatangk­an kecederaan parah memberi kesan kepada mangsa dan masyarakat.

“Pendakwaan memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara maksimum, sebatan dan kos mahkamah ditanggung tertuduh selain memberi pampasan kepada mangsa,” katanya.

Peguam tertuduh, Shahrul Nizam Azwir, pula memohon mahkamah mengenakan hukuman yang lebih ringan.

Hakim Emelia Kaswati kemudian menangguhk­an prosiding kira-kira 20 minit untuk membuat pemeriksaa­n terhadap tahap kecederaan yang dialami mangsa.

Ketika prosiding disambung, hakim memberitah­u penelitian­nya mendapati banyak kesan kecederaan parah dialami mangsa termasuk kesan kebakaran di beberapa bahagian badan sehingga leher tidak boleh dipusingka­n kerana ketegangan kulit, leher dan muka tidak boleh didongakka­n selain lengan kiri tidak boleh diangkat kerana kulit bercantum dengan badan.

“Saya telah teliti kecederaan mangsa dan kamu (tertuduh) pun sudah dengar sendiri keterangan mangsa. Dengan itu, kamu dihukum penjara 18 tahun bermula hari ini (semalam),” katanya. — Bernama

Mangsa

 ?? — Gambar Bernama ?? CEDERAKAN RAKAN: Muhammad Khairul (tengah) dijatuhi hukuman penjara 18 tahun oleh Mahkamah Sesyen di Klang, semalam.
— Gambar Bernama CEDERAKAN RAKAN: Muhammad Khairul (tengah) dijatuhi hukuman penjara 18 tahun oleh Mahkamah Sesyen di Klang, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? KOMEN JELIK: Shahrul (kanan), mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Klang, semalam.
— Gambar Bernama KOMEN JELIK: Shahrul (kanan), mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Klang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia