Utusan Borneo (Sarawak)

‘Bapa ayam’ bakal doktor dan rakan dipenjara lagi

-

PETALING JAYA: Dua ‘bapa ayam’ termasuk seorang bakal doktor masing-masing dihukum penjara 10 tahun dengan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam, selepas mengaku bersalah menjadi orang tengah bagi aktiviti persundala­n yang dikendalik­an menerusi aplikasi WeChat.

Hakim Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah menjatuhka­n hukuman itu terhadap siswazah perubatan sebuah universiti di Mesir, Khairul Azzuar Yusoff dan pekerja hotel, Mohyuddin Ahmad Fajarudin.

Mahkamah memerintah­kan Khairul Azzuar, 30 dan Mohyuddin, 24, menjalani hukuman penjara itu selepas selesai menjalani hukuman penjara 14 tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Mac).

Fadzlin Suraya turut menasihati kedua-dua tertuduh supaya menjadi insan yang berguna selain mengharapk­an hukuman yang diberikan dapat memberikan keinsafan kepada mereka.

“Masih belum terlambat untuk menjalani kehidupan yang baharu selepas ini, jadilah insan yang berguna untuk masyarakat,” kata Fadzlin Suraya.

Kedua- dua tertuduh melakukan kesalahan tersebut di sebuah hotel di Subang Jaya, Januari tahun lalu.

Mereka didakwa melakukan kesemua kesalahan itu mengikut Seksyen 372 (1)(f) dan Seksyen 372 A(1) Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara Jumaat lalu (23 maksimum 15 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda.

Sementara itu di hadapan Hakim Mohd Kamil Nizam, Mohyuddin dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dari tarikh tangkapnya pada 7 Feb 2017 dan dua sebatan selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan hidup hasil daripada aktiviti persundala­n tersebut.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Rozaliana Zakaria memohon hukuman setimpal ke atas kedua-dua tertuduh dengan alasan tindakan keji kedua-duanya yang hidup hasil daripada aktiviti persundala­n itu bertentang­an dengan moral dan agama.

“Hukuman yang bakal dikenakan ini juga dapat memberi mesej kepada masyarakat bahawa tindakan mempromosi­kan seks menerusi media sosial adalah salah sama sekali dan bakal dikenakan hukuman yang berat,” katanya.

Rozaliana berkata meskipun mangsa dalam kes ini melakukan perbuatan itu secara sukarela, sekiranya tertuduh tidak memberikan peluang tersebut, aktiviti tidak bermoral berkenaan mungkin dapat dibendung.

Peguam Zulaikha Fardi yang mewakili kedua- dua tertuduh memohon hukuman penjara dan sebatan yang paling minimum serta berjalan serentak dengan hukuman yang sedang berjalan.

“Ini kerana, kedua- dua tertuduh adalah pesalah muda dan tidak mempunyai sebarang rekod lampau malah mereka telah insaf dengan perbuatan yang telah dilakukan dan sekiranya hukuman penjara tersebut berjalan secara berasingan, masa muda mereka mungkin akan disiasiaka­n begitu sahaja,” kata peguam itu.

Mengikut fakta kes, seorang pegawai polis telah menyamar sebagai pelanggan menerusi aplikasi WeChat yang dikendalik­an kedua-dua tertuduh menggunaka­n nama samaran Encik Nakal (Khairul Azzuar) dan Santiago (Mohyuddin) yang mengendali­kan aktiviti pelacuran yang bergiat aktif sejak dua tahun lalu.

Bertindak atas maklumat yang telah diberikan satu serbuan telah dilakukan yang menghasilk­an rampasan dua unit telefon pintar yang digunakan untuk aktiviti tersebut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia