Utusan Borneo (Sarawak)

Ditipu beli tiket loteri sehingga lebih RM20,000

-

KUANTAN: Teruja mahu memenangi hadiah menyebabka­n seorang peniaga kerugian lebih RM20,000 yang kononnnya sebagai bayaran untuk membeli tiket nombor ekor.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 22 tahun itu diperdayak­an seorang lelaki yang menghubung­inya menerusi media sosial WeChat pada 2 Mac lepas.

“Suspek mendakwa tiket loteri yang dibeli mangsa hampir memenangi hadiah dan mendakwa dia boleh membantu mangsa membeli tiket yang pasti menang dengan bayaran RM250.

“Mangsa kemudianny­a dihubungi beberapa kali bermula 8 Mac hingga Rabu lepas untuk memasukkan lebih banyak wang tunai yang akhirnya berjumlah RM20,686.70,” katanya semasa dihubungi di sini, semalam.

Mohd Wazir berkata mangsa akhirnya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis kelmarin, selepas menyedari dirinya ditipu kerana tidak menerima hadiah selain panggilann­ya disekat oleh suspek.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan. — Bernama GEORGE TOWN: Mahkamah Koroner di sini semalam menetapkan 24 hingga 25 Mei ini untuk prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar tingkatan dua M.Vasanthapi­riya, yang meninggal dunia selepas menggantun­g diri, dipercayai kerana malu akibat dituduh mencuri telefon pintar seorang guru.

Koroner Norsalha Hamzah menetapkan tarikh tersebut ketika kes itu ditetapkan untuk sebutan semalam.

Inkues akan dibantu oleh pegawai pengendali J.G.Kameni manakala peguam V. Parthipan mewakili guru terbabit.

Parthipan berkata seramai 30 saksi dijangka memberi keterangan pada prosiding itu.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmat­an Perguruan Kebangsaan Kamarozama­n Abd Razak berkata pihaknya hadir di mahkamah semalam bagi memberi sokongan kepada guru tersebut.

“Guru-guru mesti bersatu hati membentuk murid tetapi jika terjadi isu-isu sebegini jangan putus asa, Ia satu cabaran kepada guru, kita tak mahu guru jadi putus asa... rakan-rakan kita perlukan sokongan moral dan mungkin mereka sudah murung dan berada dalam tekanan,” katanya kepada pemberita.

Kamarozama­n berkata masyarakat perlu memahami bahawa tugas seorang guru sekarang sangat rumit ditambah lagi perlu berdepan dengan kerenah ibu bapa yang pelbagai.

Vasanthapi­riya meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Hospital Seberang Jaya pada 3.35 pagi, 1 Feb lalu selepas tidak sedarkan diri akibat menggantun­g diri di rumahnya. — Bernama IPOH: Seorang pekerja kilang didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam kerana memiliki video dan gambar lucah dalam telefon bimbitnya dua tahun lepas.

Majistret Siti Hafiza Jaafar menjatuhka­n hukuman ke atas K. K Ravi, 34, selepas tertuduh mengaku bersalah memiliki telefon bimbit yang mengandung­i video dan gambar lucah di Hotel Bajet Ipoh, September 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mahkamah menetapkan lelaki itu menjalani hukuman penjara 12 bulan jika tidak membayar denda.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Irna Julieza Maaras memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman berat dengan mengambil kira kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius dan menjijikka­n.

Peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Chiang Mei Wan yang mewakili tertuduh pula memohon mahkamah meringanka­n hukuman ke atas tertuduh kerana kesalahan itu pertama kali dilakukann­ya dan dia berjanji tidak akan mengulangi­nya lagi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia